Pasar Berek 12 terletak di Jalan Kadir Adabi, Kampung Paya Rani, Kota Bharu, Kelantan. Kawasan tersebut juga dikenali Kampung Berek 12. Sebab itu, ia dikenali Pasar Berek 12. Pasar ini memang menjadi tumpuan penduduk sekitar Kota Bharu. terutama yang tinggil di sebelah timur bandar Kota Bharu.
Pasar Berek 12 menjadi
tumpuan untuk mendapat keperluan harian, terutama barang basah dan barang dapur,
serta kuih muih yang dijual di tingkat 1. Ia menjadi tumpuan pada waktu pagi
sehingga tengah hari. Antara yang menjadi pilihan ialah ikan basah yang masih
segar dan harga yang berpatutan.
Pasar ini mula diguna
sekitar tahun 1980, dibina selepas Barisan Nasional (BN) memerintah Kelantan
pada tahun 1978.
Tapak Pasar Berek 12
asalnya kawasan paya yang ditimbus. Nama tempat tersebut dan kawasan sekitarnya
adalah Kampung Paya Rani. Namun Pasar Berek 12 adalah mengambil nama asal pasar
awal yang terletak kira-kira 1 kilometer yang terletak di Lorong Nyor Cabang.
Pasar tersebut dahulu terkenal tempat menjual daging lembu segar.
Nama Berek 12 diambil sempena
nama rumah berek atau rumah teres yang dibina di kawasan tersebut. Namun,
difahamkan rumah teres tersebut bukan berjumlah 12 pintu. Jadi, tidak diketahui
mengapa angka 12 itu digunakan.
Bangunan Pasar Berek 12
yang ada dibina semasa kerajaan BN hanya satu tingkat. Bagaimanapun, pada
pertengahan tahun 2016 ia dikosongkan untuk memberi laluan kepada perobohan
bangunan tersebut untuk dibina bangunan baharu. Peruntukan pembinaan disediakan
oleh kerajaan Pusat pada ketika itu.
Pasar Berek 12 kini telah
berwajah baharu dan memberi keselesaan kepada pengguna apabila ruang lebih luas
dan teratur berbanding sebelumnya.
Bangunan baharu tiga
tingkat itu kini menjadi mercu tanda kewasan tersebut. Selain lot-lot kedai, di
bangunan tersebut turut disediakan dewan untuk aktiviti peniaga dan masyarakat
setempat.
No comments:
Post a Comment