Saturday, 15 April 2023

ROSLAN BERKHIDMAT KEPADA PENDUDUK PULAU

Roslan Ismail atau dikenali Lan Pulan Seratus insan istimewa lagi hebat. Kecacatan tidak menghalang untuk membantu orang lain. Hidupnya diwakafkan membantu masyarakat, terutama penduduk di pulau Deltan Sungai Kelantan. Niatnya ikhlas, mencari bekal hidup di akhirat. 

Roslan bersedia membantu sesiapa ingin menyampaikan sumbangakan dalam bentuk apa sekalipun kepada penduduk pulau.
 
Beliau dimanahkan banyak individu sebagai orang perantaraan untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk pulau. Penyumbang akan memasukkan wang ke dalam akaun beliau atau menghantar barang untuk diagihkan.
 
Ada juga pihak yang menjadikan beliau sebagai pengantara untuk memilih penerima dan penyumbang akan datang sendiri menyerahkan sumbangan. Ini kerana Roslan mengenali hampir ke semua keluarga penduduk pulau dan mengetahui status mereka.
 
Menariknya, Roslan Ismail bukan berstatus pemimpin. Bahkan, dia kategori orang kelainan upaya (OKU).  
 
Biarpun berstuatus OKU, Roslan insan hebat. Dia yang lebih dikenali Abe Lan atau Lan Pulau Seratus adalah aktivis kemasyarakatan dan kesukarelaan tegar yang menyumbang bakti untuk kebaikan dan kesenangan orang lain. 
 
Dia yang terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan apabila mula terlibat dengan aktiviti belia melalui persatuan belia dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dalam aktiviti kemasyaraktan dan kesukarelawan. 
 
Bermula sejak lebih 30 tahun lalu, Roslan tidak jemu-jemu untuk terus membantu orang lain sebagai mungkin biarpun dalam keadaan keupayaan yang terbatas. 
 
Semangat kesukarelawan dan kemasyarakatan Roslan membantu penduduk diiktiraf melalui pelbagai anugerah. Anugerah terbaharu diterima adalah Tokoh OKU Parlimen Tumpat 2022. 
 
Selain Tokoh OKU Parlimen Tumpat 2022, beliau telah menerima Anugerah Rakan JobsMalaysia Terbaik (2016, 2017) disampaikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, 
 
Senarai anugerah lain diterima Roslan;   
- Anugerah Tokoh Aktivis Belia Kelantan 2021   
- Anugerah Kelab Nadi Bangsa (1996)  
- Anugerah Sukarelawan YOKUK (2000)   
- Dilantik rakan komuniti JPN Negeri Kelantan oleh Ketua Pengarah JPN (2018)   
- Anugerah Belia Kelantan (2019)   
- Menjalani umrah Bersamamu TV3 (2016) 
 
Jadi, tidak hairan jika ada pemimpin datang atau aktiviti di kepulauan, Roslan akan dijemput bersama atau dilibatkan untuk menjayakannya. Dia menjadi ikon penduduk pulau.
 
Roslan tidak mampu berjalan akibat mengidapai polio semasa kecil akan bergerak dari satu pulau ke satu pulau dengan menggunakan ATV ataupun motosikal roda tiga, selain menggunakan bot dari jeti ke jeti.
 
Gambar – Roslan menerima amanah daripada seorang penyumbang dari Kuala Lumpur mengagihkan nasi bungkus kepada penduduk pulau untuk berbuka puasa.

No comments:

Post a Comment