Silat adalah suatu seni bela diri diamalkan
penduduk di Asia Tenggara.Silat diamalkan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan
Brunei. Terdapat dua versi silat iaitu silat Melayu dan pencak silat.
Silat Melayu atau hanya dipanggil silat
adalah istilah seni mempertahankan diri yang digunakan di alam Melayu. Manakala pencak
silat adalah istilah seni mempertahanan diri dari Pulau Jawa. Silat Melayu
mahupun pencak silat telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan budaya
milik Indonesia dan Malaysia.
Justeru, seni silat mempertahankan diri
mesti sentiasa dipelihara agar tidak ditelan arus kemodenan.
Generasi baharu perlu kenal dan memahami
erti seni silat yang sangat relevan dengan pembangunan kekuatan fizikal, emosi
dan spiritual masyarakat Melayu.
Usaha terus mewarisi pusaka leluhur dengan
berusaha mempelajari seni silat sebagai satu mekanisma pertahanan diri untuk
membendung pengaruh negatif dari ancaman sosial masa kini.
Biarpun, silat bukan lagi satu kemahiran
untuk berperang, ia adalah satu kemahiran yang wajar dipelajari untuk berdepan
dengan keadaan yang tidak diduga seperti serangan individu tidak
bertanggungjawab dan sebagainya.
Silat juga satu bentuk latihan ketahanan
fizikal dan mental yang mempunyai tujuan dan manfaat sama dengan aktiviti sukan
dan riadah lain.
No comments:
Post a Comment