Hentian
Rayal Belum Amanjaya terletak di Pulau Banding, Tasik Temenggor, Gerik, Perak. Jarak
Hentian Royal Belum Amanjaya dari Grik kira-kira 45 kilometer, manakala dari
Jeli pula lebih kurang 82 kilometer.
Hentian
ini menjadi salah satu hentian rehat dan rawat di kalangan pengguna Jalan Raya
Timur Barat dari Jeli di Kelantan ke Grik di Perak. Pun begitu, ia masih belum
terkenal di kalangan pengguna kerana banyak orang menyangka ia adalah jeti bot
atau tempat swasta.
Sememangnya,
sebelum ini tempat tersebut lebih berfungsi sebagai terminal jeti awam untuk
mereka yang ingin masuk ke Taman Negeri royal Belum dan Hutan Tropika
Belum-Temenggor. Ketika itu ia dikenali sebagai Jeti
Awam Pangkalan Aman, Pulau Banding.
Pembangunan dan naik taraf Hentian Royal
Belum Amanjaya bermula pada Januari 2014 dan siap sepenuhnya pada September
2016.
Projek bernilai dibina dengan kos sebanyak
RM20.4 juta itu turut dilengkapi kedai serbaneka, medan selera, kedai
cenderahati, ruang parkir yang mencukupi untuk kereta dan bas serta sebuah
helipad telah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada
20 Mac 2018.
Biarpun matlamat asal pembinaan ada sebagai
menggantikan Jeti Awam Pengkalan Aman, nama kemudahan yang disediakan turut
untuk dimanfaatkan oleh pengguna Jalan Raya Timur Barat sebagai tempat rehat
dan rawat. Inilah dikatakan fungsinya dua dalam satu.
Hentian Royal Belum Amanjaya yang menjadi pintu
masuk utama ke Hutan Tropika Belum-Temengor (BTTR) dan Taman Negeri Royal Belum.
Pengguna dari Grik, hentian ini terletak di
sebelah kiri di “kepala” jambatan. Ada papan tanda makluman hentian. Selepas
membelok ke kiri, teruskan perjalanan sehingga tiba di satu simpang ke kanan.
Belok ke kanan melalui jalan yang menurun. Berhati-hati jalan sempit kerana ada
kenderaan yang parkir di bahu jalan.
Jika pengguna dari Jeli, ia terletak di hujung
jambatan. Dari atas jambatan sudah boleh dilihat hentian tersebut yang terletak
di sebelah kanan.
Hentian Royal Belum Amanjaya
Pulau Banding
Tasik Temenggor
Sejarah Jalan Raya Timur Barat
Hentian Puncak Titiwangsa
Hentian Perah
Tugu Peringatan Jalan Raya Timur Barat
No comments:
Post a Comment