Jambu batu mengandungi banyak vitamin C. Ia jenis buah-buahan tropika. Jambu batu dipercayai berasal
dari kawasan benua Amerika Tengah yang beriklim tropika. Jambu batu atau juga dikenali jambu biji tersebar ke
merata kawasan tropika dan sub tropika. Nama saintifik jambu batu ialah Psidium guajava dari keluarga Mytaceae.
Pokok jambu batu mudah ditanam dan mengeluarkan buah selepas dua hingga empat tahun ditanam. Bahan tanaman ialah secara tut dan mata tunas. Kaedah ini dapat mempastikan klon yang tulen dan masa pengeluaran buah yang cepat.
Isi yang keras menjadi lembut setelah masak, warna putih, kuning, merah jambu atau merah, rasa manis atau masam, wangi, isi ada sel batu dan banyak biji kecuali kultivar tanpa biji.
- Menghilangkan rasa mual semasa mengandung.
- Menurunkan paras kolesterol dalam darah.
- Menurunkan paras gula dalam darah.
- Mengurangkan berat badan.
- Mengawal tekanan darah.
- Membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat.
- Mampu menaikkan sel darah putih dan merah.
- Meningkatkan kadar sistem metabolisme.
- Membantu penghadaman dan mengelak sembelit.
- Mengubat cirit-birit.
- Agen antioksida untuk melambatkan proses penuaan.
- Meningkatkan fungsi jantung.
Dapatkan anak pokok jambu batu secara dalam talian
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/1gCIU6UCWa?share_channel_code=1.
- https://s.shopee.com.my/1gCIU6UCWa?share_channel_code=1.

No comments:
Post a Comment