Tembikai sering dikaitkan dengan masalah asma. Biarpun mengikut ilmu perubatan moden, tembikai tidak ada kaitan dengan asma atau menyebabkan pesakit asma mengalami masalah lebih teruk, tetapi dalam ilmu perubatan komplimentari, tembikai dianggap “makanan sejuk” yang boleh menyebabkan asma. Keadaan ini sebenarnya bergantung kepada keadaan diri masing-masing.
Buah tembikai sering dijadikan pencuci
mulut. Buah tembikai kaya dengan nutrien seperti kalium, vitamin A, vitamin C
serta antioksidan.
Selain itu, kandungan air yang tinggi dalam
buah tersebut membantu seseorang lebih kenyang selepas makan buah berkenaan.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk
mengambil tembikai untuk memperoleh manfaat nutrien yang terkandung di
dalamnya.
Pun begitu, makan tembikai biar
berpada-pada. Jangan berlebih-lebihan kerana setiap yang ada kebaikan tentu ada
buruknya jika diambil secara berlebih-lebihan. Ingatan itu terutama kepada
mereka yang ada masalah kesihatan.
No comments:
Post a Comment