Monday, 3 February 2025

SENARAI NAMA PANGLIMA ATM

 
Sejarah moden Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. 

Jadi, usia ATM dikira bermula pada tahun 1933, tetapi sambutan hari ATM ditetapkan pada 16 September setiap tahun. Manakala tarikh 1 Mac adalah Hari Tentera Darat Malaysia.
 
Biarpun ATM telah ditubuhkan pada 1933, ia dikira masih bernaung di bawah Angkatan Tentera British.
 
ATM mempunyai panglima sendiri bermula pada 11 Jun 1956. Itupun panglima ATM pertama adalah keturunan British iaitu Lt. Jen Tan Sri Frank Hasting Brook yang berkhidmat sehingga 25 Okt 1959.
 
Panglima ATM kedua ialah Lt. Jen Tan Sri James Newton Rodney Moore yang berkhidmat dari 27 Okt 1959 sehingga 31 Dis 1963, juga keturunan British.  
 
Bermula penglima ATM ketiga, barulah di kalangan anak Melayu iaitu Jen Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa. Beliau anak Melayu pertama menjadi panglima ATM, berkhidmat bermula 1 Jan 1964 sehingga 24 Non 1969.
 
Jen. Tan Sri Abdul Hamid Bidin menjadi panglima ATM keempat bermula 25 Nov 1969 sehingga 30 Jun 1970.
 
Selepas itu panglima ATM dari 1 Julai 1970 sehingga 30 Nov 1977, disandang oleh Jen Tun Ibrahim Ismail, sebagai panglima ATM kelima.
 
Jen. Tan Sri Datuk Mohd Sanya Abdul Ghaffar dilantik panglima ATM keenam pada 1 Dis 1977 sehingga 19 Jan 1982.
 
Jawatan tersebut kemudian berpindah kepada Jen. Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth sebagai penglima ATM ketujuh bermula 20 Jan 1982 sehingga 31 Okt 1985.
 
Berikutnya, panglima ATM kelapan bermula 1 Nov 1985 sehingga 6 Okt 1987 pula disandang oleh Jen. Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat.
 
Penyandang kesembilan pula adalah Jen. Tun Mohamed Hashim Mohd Ali yang berkuat kuasa bermula 6 Okt 1987 sehingga 11 April 1992.
 
Jen. Uaacob Mohd Zain mengambil alih jawatan panglima ATM pada 11 April 1992 sehingga 3 Mac 1993 yang ke-10.
 
Panglima ke-11 pula adalah Jen. Tan Sri Abdul Rahman Abdul Hamid untuk tempoh 4 Mac 1993 sehingga 31 Jan 1994.
 
Panglima untuk tempoh 1 Feb 1994 sehingga 2 Feb 1995, iaitu Jan. Tan Sri Borhan Ahmad selaku penglima ATM ke-12.
 
Seterusnya, panglima ke-13 ialah Jan. Tan Sri Ismail Omar bermula 3 Feb 1995 sehingga 31 Dis 1998.
 
Pengganti berikutnya, ialah Jen Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin, untuk tempoh 1 Jan 1999 sehingga 28 April 2005, selaku panglima ke-14.
 
Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor memecah tradisi apabila menjadi panglima ATM pertama bukan dari kalangan anggota TDM. Beliau dari TLDM menjadi panglima ATM ke-15 untuk tempoh 29 Aprl 2005 sehingga 31 Jan 2007.
 
Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal pula dilantik panglima ATM ke-16 untuk tempoh 1 Feb 2007 sehingga 2009.
 
Panglima ATM ke-17 menjadi giliran pegawai dari TUDM menyandang jawatan tersebut, iaitu Jen. Tan Sri Azizan Arifin untuk tempoh 1 Sept 2009 sehingga 14 Jun 2001.
 
Diikuti kemudiannya, Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menjadi panglima ATM bermula 15 Jun 2011 sehingga 2016 sebagai penglima ke-18.
 
Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dipilih menerajui ATM sebagai panglima ke-19 bermula 17 Dis 2016 sehingga 20 Jun 2018.
 
Untuk tempoh 20 Jun 2018 sehingga 2 Jan 2020, Jen. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menjadi panglima ke-20.
 
Panglima ke-21 pula disandang oleh Jen. Tan Sri Affendi Buang, bermula 2 jan 2020 sehingga 6 Sept 2023. Beliau dari TUDM.
 
Seterusnya, untuk tempoh 6 Sept 2023 sehingga 31 Jan 2025, jawatan panglima ATM ke-22 disandang oleh Jen. Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
 
Bermula, 1 Feb 2023 jawatan panglima ATM disandang oleh Jen. Datuk Mohd Nizam Jaffar, yang juga panglima ke-23.

























No comments:

Post a Comment