China negara besar. Kaedah pengangkutan paling berkesan
untuk memunggah penumpang dan barang adalah melalui kereta api. Sebab itu,
China mengambil langkah bijak meningkatkan kecekapan perkhidmatan kereta api.
Dalam tempoh yang singkat, China berjaya melakukan
transformasi pantas memajukan industri kereta api. Satu perubahan yang ketara.
Han Junjia, seorang pemandu kereta api di China mengalami
perubahan ketara dalam kejayanya. Pada 1996, dia menjadi pemandu lokomotif
(kepala kereta api) wap, jenis kereta api yang dianggap ketinggalan pada tahun
tersebut.
Namun, pada tahun 2022, Junjia telah bertukar menjadi
pemandu kereta api laju yang secara bukan sahaja tentang peningkatan
kerjayanya, tetapi bukti bahawa satu transformasi hebat kereta api di China.
China sememangnya telah mula tidak menggunakan lokomotif wap
pada tahun 1960-an. Ia mula digantikan secara berperingkat-peringkat kepada
lokomotif diesel dan seterusnya elektrik, seperti diakukan kebanyakan negara
sesuai dengan perkembangan teknologi kereta api di seluruh dunia.
Namun pada tahun 1990-an masih banyak kereta api wap
digunakan. Antra perkhidmatan kereta api wap yang masih diteruskan pada ketika
itu ialah Kereta Api Jining-Tongliao, juga dikenali sebagai laluan "Jing
Peng". Perkhidmatan Kereta Api Jining-Tongliao ditamatkan pada tahun 2005,
tanda berakhirnya perkhidmatan kereta api wap di China.
No comments:
Post a Comment