Wednesday, 23 April 2025

KAEDAH PENANAMAN DURIAN YANG BETUL

 
Tanam durian tidak boleh terburu-buru. Perlu ada persediaan tapak yang betul. Jangan main asal kawasan telah dibersihkan dan ada anak benih, terus tanam.
 
Kalau buat cara itu, pokok durian sukar untuk tumbuh subur. Kadang kala di tengah perjalanannya, pohon durian mudah diserang penyakit, terbantut dan lambat membesar.
 
Untuk mendapat hasil yang baik, perlu buat kebun secara sistematik. Perancangan teliti perlu dibuat. Ditanam dengan anak benih yg baik, susun atur kebun juga baik. Ini sedikit sebanyak membantu kebun durian kita dapat diurus dengan mudah.
 
Hendak tanam durian ada SOPnya atau kaedahnya. Ada cara untuk meningkatkan kandungan organik dalam tanah, menambahkan CIRP sebagai penggalak akar, dan membantu pertumbuhan akar dengan penggunaan bakteria baik dengan "microreza" adalah perkara asas semasa penanaman.
 
Sistem pengairan merupakan nadi kepada tanaman durian. Bagi kawasan yang taburan hujannya tinggi, kos ini dapat dijimatkan. Penggunaan sungkupan sedikit sebanyak membantu pokokpokok bermula stabil pada peringkat awalan.
 
Selepas pokok mula stabil barulah penggunaan baja organik, semi organik dan NPK disusun mengikut keperluan pokok dan jenis tanah.
 
Pangkasan secara berperingkat dilaksanakan bagi membentuk kanopi pokok yang baik. Duri hitam dan musang king memerlukan dahan mendatar, manakala ada varieti yang berbunga di ranting. Ini semua melalui pengalaman yang panjang.
 
Akhirnya tentulah penyediaan kewangan dan aliran tunai bagi memastikam segala perancangan dapat dilaksanakan tanpa henti.
 
Tanaman durian bukan mengikut saiz tanah yang kita ada, tetapi lebih kepada berapa yang kita sanggup keluarkan kosnya saban bulan sehingga ia mampu untuk menampung kos kebun menggunakan dari hasil kebun itu sendiri. Biasanya mengambil masa 6-7 tahun sebelum ia benar-benar mampu berbuah dengan baik.
 
Sumber maklumat dan gambar - FB The Kebun.

No comments:

Post a Comment