Sunday, 19 April 2026

LOSONG PASIR RIVER CRUISE, KUALA TERENGGANU

 
Losong Pasir River Cruise. Syarikat terbabit menyediakan perkhidmatan bot persiaran di Sungai Terengganu.

Perkhidmatan membawa penumpang menikmati pemandangan indah Jambatan Angkat Terenganu, bandar Kuala Terengganu, Taman Tamadun Islam, Pulau Duyong dan keindahan tebing kiri kanan sungai.

Jeti yang terletak di Lot 1175, Persiaran Abdul Rahman Limbong, Kampung Losong Dato Amar, Kuala Terengganu, Terengganu bukan sahaja untuk menaiki bot, tetapi juga terdapat restoran yang menyediakan pelbagai sarapan pagi dan tengah hari.

Jeti panjang dibina dari daratan melalui paya nipah sehingga ke pelantar jeti.

Pengunjung berpelung menikmati pemandangan tepian sungai yang dipenuhi pokok nipah dan suasana damai lagi indah. Boleh beristirahat di kawasan disediakan di tengah hutan pokok nipah. 


No comments:

Post a Comment