Kampung Tanjung Kuala, Tumpat, Kelantan, dahulunya dikenali Kampung
Tanjung Duff. Tidak diketahui tahun bila pertukaran nama itu kepada Kampung
Tanjung Kuala.
Nama Duff diambil sempena nama Robert William Duff, seorang
tokoh penting dalam sejarah moden Kelantan. Dia merupakan pengasas Duff
Development Company, sebuah syarikat British yang mendapat kepercayaan kerajaan
Kelantan untuk membangunkan kawasan di Hulu Kelantan pada awal abad ke-20 .
Ada di kalangan warga tua masih menggunakan nama Kampung
Tanjung Duff, biarpun nama itu semakin lenyap di kalangan generasi muda.
Dinamakan "tanjung kuala" kerana kedudukan di
tanjung berhampiran muka kuala Sungai Kelantan. Kampung ini dikira terletak di
dalam kawasan pekan Tumpat.
Kredit pemilik gambar

No comments:
Post a Comment