Sukarelawan dilantik Duta KUA. Tahniah kepada Wan Noriza binti Wan
Hassan dan Rohana Binti Ibrahim yang telah dilantik sebagai Duta Kenali Ubat
Anda (KUA) Negeri Kelantan. Kedua-duanya adalah aktivis kesukarelawan dalam
beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan.
Penyerahan watikah pelantikan telah disempurnakan oleh
Pengarah Bahagian Farmasi Kelantan, Zuhaini binti Mukrim dalam satu majlis
penuh bermakna di Kota Bharu pada 13 Julai 2026.
Untuk melayakkan seseorang itu dilantik sebagai Duta KUA,
terlebih dahulu perlu menghadiri Benkel Training of Trainer yang dianjurkan
oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Duta KUA adalah sukarelawan yang membantu KKM untuk mendidik
orang awam tentang cara pengambilan ubat yang betul, teknik penyimpanan yang
selamat, dan kaedah pelupusan ubat yang betul.

No comments:
Post a Comment