Selalunya
akan timbul kesulitan bila membicarakan sejarah Patani.
Contohnya
Phya Taksin dikatakan terlibat dalam serangan pada tahun 1785 dan ketika itu
Long Nuh masih hidup.
Versi
lain menyatakan Phya Taksin (King Taksin The Great) dihukum mati oleh Phraya
Chakri kerana "penyakit mental". Tetapi tetapi ada pula versi
menyatakan Phraya Chakri telah berkahwin dengan salah seorang putri Phya Taksin.
Ada
versi menyatakan bahawa Phya Taksin disembunyikan di Nakhon Sri Thammarat dan
meninggal 1825 pada usia 91.
Ada
versi menyatakan Long Nuh mangkat pada tahun 1771 dan semasa serangan Putera
Surasi dan Phraya Senaphutan ke atas Pattani 1785, Sultan Muhammad telah
mangkat syahid.
Malah
ada versi yang menyatakan Sultan Muhammad tidak mangkat dalam pertempuran
berkenaan.
Pada
pandangan peribadi saya, dari versi saya terima selama ini, Phya Taksin telah
lama menjadi ejen untuk mencari rahsia di Patani sebelum dan semasa dalam
persembunyian di Nakhon Sri Thammarat.
Dia
sememangnya bermusuh dengan Raja Ligor dan sentiasa mengancam untuk menyerang
Patani. Satu versi menyatakan salah seorang anak Raja Ligor telah dijadikan
gundek Phya Taksin.
Perkara
Phya Taksin membuat risikan ke atas kekuatan Patani ini telah lama dihidu oleh
Long Nuh dan telah memberikan amaran awal kepada anakanda-anakandanya.
Sama
ada semasa serangan 1785, (sama ada) Long Nuh masih hidup atau serangan ini
berlaku pada zaman Sultan Muhammad, itu saya serahkan pada Allah SWT.
Jangan
terkejut ada versi yang tidak memasukkan Raja Bakar dan Tengku Lamidin dalam
versi mereka atau silsilah mereka. Itu adalah versi masing-masing.
Cuma
pada hemat saya semasa mengkaji sejarah Patani dalam tempoh yang agak lama,
sememangnya wujud konspirasi meminda fakta sejarah salah satunya ialah meminda
tahun-tahunnya - ini selalu dilakukan oleh pihak yang menang.
Cuma
satu fakta yang konsistan, serangan ke atas Patani benar-benar berlaku dan
mereka yang berundur ke Kelantan dan lain-lain negeri termasuk Kedah, Perak dan
Terengganu/Pahang adalah benar.
Disalin
dan ditampal dari FB Nik Zafri
No comments:
Post a Comment