Bingkisan
memori buat Allahyarham Osman Bin Musa @Abg Jenal. Tahun 2003 bila diberi
amanah bertugas ke Kem Gunung Pulai oleh Ketua Pengarah (KP) pada masa itu Tan
Sri Nordin Kardi. Hati gundah gulana maklumlah kita pegawai baru ditempatkan
pula dalam persekitaran jauh dari budaya negeri asal.
Kata KP masa tu semua PK (Pengurus Kem) harus membina hubungan baik dengan masyarakat, biar kewujudan kem mendatangkan manfaat kepada kawasan sekitar.
Dan alhamdulilah Bang Jenal banyak membantu untuk bergaul dengan orang Kampung Gunung Pulai pada waktu itu selain arwah Pak Wan dan Kak Misnah.
Indahya bekerja saat itu sukar digambarkan. Satu saat apabila bermain badminton dengan orang kampung disuruhnya Abang Jenal ini kepada lawan saya agar bermain kalah kerana nak pastikan bosnya menang.
Kerana hubungan akrab dengan orang kampung waktu itu, apabila saya jatuh sakit pada tahun 2006 orang kampung pun turut sama menziarahi saya di Kelantan.
Terlalu besar budi bantuan Bang Jenal kepada saya saat itu, hubungan rakan sekerja menjadi kawan dan sahabat, begitu juga Allahyarham Pak Wan dan rakan rakan lain di Gunung Pulai yang telah meninggal dunia.
Semoga semua ditempatkan di kalangan orang beriman. Innalilahiwainnailaihirojiun.
FB:
Yamani Rahman
No comments:
Post a Comment