Thursday, 12 November 2020

UTAMAKAN KEPERLUAN HARI INI, KEHIDUPAN ESOK BELUM PASTI


Kita melalukan usaha hari ini untuk hari esok dan hari-hari seterusnya. Hari ini kita berkerja dan menyediakan tabungan untuk hari itu.

Sebab itu kita ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikawal operasinya oleh kerajaan bagi menjamin simpanan pada hari tua. Ya, simpanan untuk hari tua.

Rasulullah SAW pernah menyimpan kurma untuk kegunaan satu tahun. Untuk masa hadapan yang tidak pasti, lalu disimpan kurma itu baik-baik kerana mungkin pada masa hadapan kurma sukar diperoleh untuk dimakan.

Namun, Rasulullah SAW tidak sempat menyimpannya sehingga setahun. Kurma itu digunakan sebagai sedekah kepada orang lain yang memerlukan. Rasulullah SAW mengutamakan keperluan semasa berbanding jangkaan pada masa hadapan.

Hari ini ada rialiti atau kenyataan yang perlu dihadapi, sedangkan hari esok dan seterusnya hanya satu harapan. Kita tidak pasti apa akan berlaku pada masa hadapan. Kita tidak pasti adakah kita masih hidup pada hari esok.

Kita mesti merancang untuk kehidupan hari esok, tetapi untuk mencapai hari esok kita perlu memenuhi dahulu keperluan hari ini. Tidak elok kita bijak merancang hari esok, sedangkan gagal melaksanakan kehidupan hari ini.

Banyak orang yang khuatir tentang masa depannya. Sebaliknya banyak orang gagal melunaskan keperluan hari ini sehingga apa yang berlaku ialah gagal hari ini dan gagal juga pada hari esoknya.

Lebih elok kita berjaya menguruskan kehidupan hari ini seperti keperluan yang sepatutnya, berbanding kita rasa khuatir tentang hari esok yang tidak pasti.  

Terimalah realiti walaupun takdirnya ia tidak seperti yang kita harapkan. Lebih baik satu ringgit di tangan daripada berjuta-juta ringgit di alam angan-angan. Tetapi ingat satu ringgit di tangan jika benar-benar dimanfaatkan mungkin menjanjikan pulangan berjuta-juta ringgit pada masa akan datang.

Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti. Oleh kerana itu adalah satu kerja gila jika kita hendak menyelesaikan masalah masa depan yang hakikatnya belum berlaku.

No comments:

Post a Comment