Monday, 25 January 2021

PENYEDIAAN KEPERLUAN IBU BAHARU BERSALIN

Penyediaan keperluan ibu lepas bersalin dalam pantang memang amat penting. Sebenarnya keperluan itu tidak boleh dipandang mudah kerana ia melibatkan kesihatan ibu dan bayi yang baru dilahirkan.

Diperhatikan keluarga yang baru dapat bayi biasanya sibuk menyedia atau beri perhatian kepada bayi dari segi menyediakan pelbagai kelengkapan bayi, bahkan telah disediakan beberapa bulan sebelum itu.

Selepas bayi dilahirkan pula ada-ada saja barang atau keperluan bayi dibelikan.  Sanak saudara juga begitu bermurah hati memberi hadiah kepada bayi. 

Tetapi, apa pula disediakan untuk ibu baru lepas bersalin? Adakah disediakan senarai semak keperluan ibu bersalin? Apa persiapan untuk tempoh berpantang? Berapa banyak peruntukan wang untuk belanja keperluan selepas bersalin?

Banyak orang lupa tentang itu. Ibu lepas bersalin amat penting melakukan persiapan dan amalan yang perlu. Proses mengandung dan melahirkan anak bukan perkara mudah. Banyak tenaga, emosi dan perubahan diri berlaku dalam tempoh itu.

Justeru, ibu baru lepas bersalin perlu perlu melakukan 'revolusi' untuk kembali sihat dan bertenaga, selain mengembalikan kekuatan fizikal dan mental.

Masyarakat dulu amat mementingkan pantang dan penggunaan herba untuk memulihkan kesihatan ibu lepas bersalin. Mereka sanggup mengelak makan makanan tertentu.

Biasanya hidangan ibu lepas bersalin hanyalah ikan kering selain pelbagai herba dan ulam-ulaman yang tidak menyelerakan. Namun segala itu dilalui demi untuk kesihatan dan kembali keadaan sebelum mengandung dan bersalin.

Segala amalan tradisi itu kini semakin ditinggalkan. Ini kerana keperluan ibu lepas bersalin dari segi herba dan lain-lain telah disediakan secara 'lengkap' secara moden.

Set ibu bersalin kini banyak dikeluarkan secara komersial. Lebih mudah dan menepati keperluan untuk ibu baru bersalin. 

Janganlah kedekut atau berkira sangat untuk membelanjakan sejumlah wang untuk set ibu bersalin. Ia bukan saja membantu atau memberi kebaikan kepada ibu, tetapi juga anak yang baharu dilahirkan, terutama untuk pengeluaran susu yang banyak. 

Ibu yang sihat dan bertenaga lebih mudah memberi perhatian kepada bayinya. 

No comments:

Post a Comment