Wednesday 20 January 2021

KEBAIKAN KHASIAT POKOK BISMILLAH

Pokok bismillah atau nama saintifiknya Vernonia Amygdalina ialah sejenis pokok renek daripada kumpulan Asteraceae. 

Pokok bismilah juga dikenali dengan nama pokok sambung nyawa besar, tetapi perlu diingat ia berlainan dengan pokok sambung nyawa yang kecil. Satu lagi nama pokok bismillah ialah pokok afrika.

Daunnya berasa pahit dan kebiasaannya dimakan sebagai ulam atau dalam bentuk ekstrak cecair sebagai tonik bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Manfaat daun bismillah terutama dari kandungannya yang memiliki protein, lemak tidak tepu, serat, vitamin A, B1,B2, C, E, natrium, kalsium, kalium, magnesium, zinc, dan zat besi. Herba ini juga mengandungi sejumlah zat penting seperti fitat, tanin dan abu. 

Antara kebaikan manfaat khasiat bismillah:
- Menurunkan kadar gula dalam darah.  
- Mencegah risiko serangan jantung.
- Mengatasi penyakit ginjal.
- Mengendalikan tekanan darah.
- Untuk ubat luka.
- Mengatasi masalah sakit urat.
- Membuat perasaan tenang.

No comments:

Post a Comment