Lipatan
sejarah mencatatkan kedudukan kuasa umat Islam ada pasang surut. Cabaran paling
mencemaskan pertama kali berlaku sebaik sahaja kewafatan Rasulullah SAW.
Ketika
itu, cabaran paling besar ialah dalam menentukan siapa paling layak dilantik
menjadi pemimpin menggantikan baginda. Isunya bukan perebutan jawatan, tetapi
menentukan siapa paling layak sehingga akhirnya Abu Bakar diangkat sebagai
khalifah yang pertama.
Cabaran
krisis lebih besar berlaku selepas pembunuhan Saidina Uthman Bin Affan. Situasi
itu hampir menggugat penyebaran Islam yang telah melepasi sempadan Semenanjung
Arab.
Namun, keyakinan terhadap benarnya janji Allah atas kemenangan Islam,
masalah itu dapat diselesaikan dengan baik. Islam terus berkembang dan
berkuasa.
Kecemerlangan
pusat pentadbiran kerajaan Umaiyyah berkembang di kota Damsyik membawa Islam
menguasai Cardova. Apabila ada krisis kepimpinan di Damsyik, ia berpindah pula
ke Cardova dan bangkit bersama kerajaan Abbasiyyah di Kota Baghdad.
Pusat
tamadun Cardova dan Baghdad berpindah ke kerajaan Uthamaniah di Turki. Kemudian
Empayar Uthmaniah turut tersungkur dan diikuti kehancuran Baghdad sekali lagi
pada zaman moden oleh serangan tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat.
Islam
akan tetap berkembang. Hatta di Asia Tengah ketika umat Islam ditindas dengan
kejamnya, namun pergerakan umat Islam berjalan, walaupun dalam keadaan lembap.
Hanya menunggu saat kelahiran kuasa umat Islam baharu.
Sebenarnya
bukan Islam sentiasa berhati-hati dengan kebangkitan Islam. Sebab itu, bukan
Islam sentiasa memberi tekanan kepada umat Islam agar tidak mampu bangkit.
Orang
Islam tidak harus bersikap pesimis. Banyak gambaran dalam al-Quran yang
membicarakan tentang khabar gembira masa depan dan kemenangan yang dijanjikan
kepada umat Islam.
Hanya
umat Islam harus sentiasa berfikir dan bertindak secara strategik menghadapi
apa-apa keadaan pun. Kadangkala keadaan yang sentiasa tenang dan relaks itulah
yang melalaikan banyak pihak.
Kemelut
dan krisis membuatkan orang semakin waspada. Justeru itu umat Islam tidak harus
takut menghadapi apa-apa keadaan sekalipun, asalkan sahaja mereka tahu
mengambil kesempatan strategik atas apa keadaan yang berlaku.
Janji
Allah wajib kita percaya bahawa umat Islam tetap akan meneruskan tugas sebagai
khalifah Allah. Mereka akan menjadikan dunia ini lebih baik, aman.
Demikian
janji Tuhan kemenangan akan sentiasa berada pada pihak Islam, asalkan kita
tidak terperangkap dengan fahaman sempit kepuakan dan kelompok.
Banyak
juga ayat al-Quran yang menggambarkan ketika menerima ujian, ketika itulah umat
Islam lebih dekat dengan kemenangan sebenar.
Mana-mana
pihak yang gagal mempertahankan Islam akan ditukar dengan pihak yang lebih
berpotensi untuk menjaga risalah Allah SWT itu. Malah Rasulullah SAW
menjanjikan Islam akan terus berkembang seantero dunia.
Keadaan
inilah menyebabkan orang Barat semakin menunjukkan kebencian kepada orang
Islam, kerana Islam makin bertapak di Amerika mahupun di Eropah termasuk
Belanda.
Hadis
Nabi juga ada menjanjikan kemunculan kemakmuran di negara-negara umat Islam
sehingga sampai ketikanya tidak ada lagi mereka yang akan menerima sedekah
(zakat). Ini menunjukkan berkat keadilan Islam.
Namun
semua itu tidak akan datang bergolek. Umat Islam lebih dahulu harus bersatu
padu, membariskan kepimpinan yang mapan dan munculnya pembaharuan demi
pembaharuan untuk lebih kukuh dan utuh.
No comments:
Post a Comment