Apa hukum jadi pak sanggup. Satu
istilah digunakan dalam masyarakat Melayu ialah ‘pak sanggup’.
Ia bermaksud seorang lelaki yang sanggup untuk bernikah dengan
seorang wanita untuk menutup aib daripada menimpa wanita dan keluarganya akibat
daripada terlanjur dan mengandung.
Istilah
pak sanggup juga boleh digunakan untuk seorang lelaki yang menikahi seorang
wanita yang telah diceraikan dengan talak tiga oleh bekas suaminya.
Pernikahan itu agar bekas suami boleh bernikah semula dengan bekas isteri selepas pak sanggup ini menceraikan wanita itu. Tetapi,
untuk maksud itu, perkataan lebih kerap digunakan ialah cina buta.
Ulama
khilaf dalam menentukan sama ada pernikahan kalangan ulama. Dalam mazhab Syafie pernikahan itu sah:
Hukum
pernikahan pasangan ini adalah sah, sekiranya menepati syarat dan rukun nikah.
Bagaimanapun ulama ada khilaf dalam menentukan sama pernikahan itu sah atau
tidak jika wanita itu mengandung. Pun begitu, berdasarkan mazahab Syafie pernikahan
itu adalah sah.
Persidangan
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Januari 1971 telah membincangkan Mengahwini
Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah.
Persidangan
telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus
dinikahkan tetapi anaknya
-
tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu,
-
tidak dapat pusaka daripadanya,
-
tidak menjadi mahram kepadanya
-
dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

No comments:
Post a Comment