Wednesday, 10 March 2021

Tegas tidak terima kerjasama dengan DAP

Ahli akar umbi UMNO menolak sebarang bentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti. Perkara ini juga ditegaskan di kalangan pemimpin tertinggi parti, termasuk Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Namun, ada pihak menyebarkan berita kononnya ada di kalangan pemimpin UMNO kini merancangan untuk bersama dengan DAP dan Anwar pada PRU15 nanti.

Khabar ini semakin kuat bertiup apabila Zahid Hamidi telah menghantar surat rasmi mengenai keputusan UMNO tidak mahu berkerjasama dengan Bersatu pada PRU15.

Lalu, tindakan tersebut dikatakan sebagai langkah ke belakang yang akan menggagalkan penyatuan Melayu Islam untuk membentuk sentimen kebencian ahli akar umbi terhadap pemimpin tertinggi.

Keputusan tidak mahu bersama Bersatu adalah keputusan akar umbi. Tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk hubungan dengan DAP dan Anwar juga keputusan akar umbi.

Justeru, pemimpin tertinggi parti melalui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tentu sekali akan menghormati kedua-dua keputusan atau kehendak ahli akar umbi iaitu tidak bersama dengan Bersatu pada PRU15 dan tidak sebarang bentuk kerjasama dengan DAP dan Anwar.

Yang ada 'kerjasama' dengan DAP dan Anwar ialah Bersatu yang menerima Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP dan PKR.

No comments:

Post a Comment