Sunday, 7 March 2021

Takiyuddin kena pujuk Parti Amanah sertai PN

Pas komited dengan pendirian bahawa penyatuan ummah adalah perkara paling penting dalam membentuk kerajaan yang kuat dan stabil, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata penyatuan Islam, Melayu, bumiputera dan seluruh rakyat negara ini amat diperlukan untuk membentuk kerajaan yang kukuh.

"Sudah tentulah dalam konteks Malaysia hari ini, kita tidak boleh lari daripada parti-parti Melayu Islam.

Jadi parti-parti itu perlu bersatu untuk sama-sama menjalankan fungsi pentadbiran negara dengan lebih mantap.

"Dalam konteks ini juga, kita melihat Pas sendiri selepas lama berada dalam keadaan berpuluh tahun berseteru dengan UMNO.

"Tetapi demi kepentingan rakyat dan negara, pimpinan parti membuat pendirian tegas iaitu kita perlu bersatu dengan UMNO dalam konsep penyatuan ummah."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama bekas pemain bola sepak Kelantan, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menjelaskan penyatuan ummah bukan eksklusif kepada Pas dan UMNO sahaja.

Pendapat Takiyuddin yang mengatakan penyatuan ummah bukan eksklusif kepada Pas dan UMNO sahaja disambut baik.

Justeru, elok benar Takiyuddin juga berusaha untuk memujuk Parti Amanah agar menyertai Perikatan Nasional (PN). Usaha itu rasanya tidak sukar kerana pemimpin dan ahli Parti Amanah pernah bersama Pas.

No comments:

Post a Comment