UMNO,
PKR berkerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)? Itu sekadar cakap-cakap
sebelah pihak. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau ada
membuat perbincangan dengan pemimpin tertinggi UMNO, tanpa menyebut siapa yang
dimaksudkan.
Pun
begitu, Anwar dalam kenyataan lain menyebut ‘jangan mengandaikan seolah-olah
sudah terdapat persefahaman kerjasama antara PKR dan UMNO.
Kalau
Anwar sendiri sudah mengatakan ‘jangan mengandai’, tidak perlulah buat
macam-macam andaian.
Namun,
ada juga pendapat atau memberi syarat jika ingin benar-benar membuat kerjasama.
Pendapat ini bukan dari pemimpin tertinggi. Jadi, tidak perlu buat andaian.
Sekadar satu pendapat.
Antara
pendapat tersebut ada menyebut, jika ada perbincangan perbincangan antara
pemimpin tertinggi UMNO dengan PKR, agenda utama ialah jawatan perdana menteri perlu
diberikan kepada UMNO.
Agihan
kerusi untuk PRU15 nanti mesti majoriti diserahkan kepada UMNO. Paling kurang
UMNO perlu mendapat 120 kerusi Parlimen.
Nampak
macam besar sangat jumlah itu. Ya, mesti besar dan banyak. Itu bagi memastikan
UMNO dapat kembali menerajui negara dengan bilangan kerusi majoriti.
Ini
bukan soal gila kuasa atau tamak. Kaedah ini penting bagi memastikan kestabilan
politik pada masa hadapan.
Kalau
pengagihan yang tidak menampakkan majoriti besar, maka politik negara akan
kucar kacir macam zaman Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang
tiada parti mendapat majoriti.
Tambah
bermasalah pula apabila pemimpin yang mendapat kerusi kurang berbanding parti
lain diangkat menjadi perdana menteri.
Kalau,
mendapat majoriti kerana lompat parti, itu tidak boleh dipanggil kejayaan. Itu
satu pengkhianatan dan amalan tidak bermaruah.
Pun
begitu, perkara paling penting dalam menentukan sama ada kerjasama UMNO dan PKR
menjadi kenyataan bergantung kepada kehendak ahli akar umbi.
Pemimpin
UMNO perlu mendengar kehendak ahli akar umbi dalam menentukan apa-apa keputusan
yang diambil.
Gambar bunga pauh hanya sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment