Friday, 5 March 2021

PENGIYSTIHARAN DIBUAT, GENDANG PERANG DIPALU

UMNO melalui surat presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai keputusan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bersatu pula melalui kenyataan akhbar oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin, menegaskan Bersatu akan terus fokus memperkasakan gera kerja bersama-sama rakan dalam Parti Perikatan Nasional (PN) iaitu Pas, SAPP, STAR dan Gerakan bagi memenangi pilihan raya akan datang.

Yang belum buat keputusan ialah Pas, sama ada ingin bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) atau bersama Bersatu dalam PN.

Sebelum ini Pas cuba bermain tarik tali kononnya akan terus memperkasakan MN dan pada masa sama bersama Bersatu dalam ikatan PN.

Biar apapun keputusan Pas, gendang perang telah dipalu. Seluruh tentara UMNO perlu siap sedia dengan segala persiapan dan kemungkinan untuk berdepan dengan musuh-musuh yang diketahui mahupun yang tidak diketahui.

No comments:

Post a Comment