Wednesday, 24 March 2021

TIADA KERJASAMA UMNO, PKR PADA PRU15

Pada 17 Mac, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud perbincangan tidak rasmi antara pemimpin PKR dengan UMNO.

Menurut Anwar, perbincangan awal itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan perkembangan positif.

Hasil pendedahan itu, kecoh di kalangan ahli politik dan rata-rata menunding jadi mengatakan pemimpin dari UMNO ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Pelbagai tomohon dilempar kepada Presiden UMNO itu, kononnya membelakangkan ketetapan dasar tidak mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Khabar angin itu telah dijawab Zahid bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan PKR pada PRU15 akan datang.

Menurut laporan akhbar The Star, Zahid berrkata, parti itu hanya akan menjalinkan kerjasama dengan rakan komponen di bawah Barisan Nasional (BN) sahaja.

Menurutnya, parti tersebut tidak mempunyai sebarang perbincangan bersama PKR mengenai kerjasama pilihan raya dan sebarang perjanjian hanya akan diterokai selepas PRU15.

Tidak menafikan ada terserempak Anwar di Parlimen dan juga majlis perkahwinan, tetapi tiada perbincangan berkaitan perkara tersebut walaupun secara formal dan tidak formal.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan telah menafikan sebarang bentuk kerjasama akan diadakan.

No comments:

Post a Comment