Presiden
UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
secara bersama telah tanda tangan surat jemputan kepada Parti Peribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).
Surat itu diutuskan setelah satu mesyuarat MN yang dipengerusikan bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, telah memutuskan untuk menjemput Bersatu menyertai MN.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Zahid Hamidi di akaun Twitter miliknya.
Muafakat Nasional merupakan kerjasama politik UMNO dan Pas yang ditubuhkan pada Himpunan Penyatuan Ummah, 14 Sept 2020.
Perkembangan terbaharu ini tentu tentu sekali akan mendapat perhatian ketika Persidangan Agung UMNO (PAU) yang sedang berjalan. Kita tunggu maklum balas perkara ini nanti.
No comments:
Post a Comment