Sunday, 27 March 2022

JENIS REZEKI DISEBUT DALAM AL QURAN

 
Rezeki adalah segala bentuk yang dikurniakan Allah untuk keperluan rohani dan jasmani makhluk-Nya. Terdapat bentuk rezeki yang dinyatakan di dalam al-Quran.

- Rezeki yang telah dijamin
“Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya.” (Surah Hud, ayat 6)

- Rezeki kerana usaha
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.” (Surah An-Najm, ayat 39)

- Rezeki kerana bersyukur
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (Surah Ibrahim, auat 7)

- Rezeki tidak terduga
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” (Surah At-Thalaq, ayat 2-3)

- Rezeki kerana istighfar
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta.” (Surah Nuh, ayat 10-11)

- Rezeki kerana bernikah
“Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurniaNya.” (Surah An-Nur, ayat 32)

- Rezeki kerana anak
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’, ayat 31)

- Rezeki kerana sedekah
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah, ayat 245)

Mudah-mudahan semoga bertambah rezeki untuk kita semua. Aamin.

No comments:

Post a Comment