- Niat.
- Menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan
puasa.
Niat
puasa adalah di hati. Lafaz untuk berpuasa di mulut bukanlah niat. Ia hanya
sekadar lafaz sahaja. Jadi, yang diamalkan lafaz, "sahaja aku berpuasa
esok hari bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala.", tidak dikira
niat jika pada masa sama perkara itu tidak lahir di hati.
Niat
ini sebenarnya mudah saja. Jika ada lintasan hati hendak berpuasa, maka itulah
niat. Kalau bangun sahur sudah tentu ada niat. Kenapa makan sahur waktu
pagi-pagi buta.
Niat
puasa hendaklah dilakukan sebelum fajar atau sebelum masuk waktu Subuh. Hal ini
berdasarkan hadis bermaksud: "Sesiapa yang tidak berazam puasa sebelum
fajar maka tiadalah puasa baginya."
Bagi
Mazahab Syafie, wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah
ibadah yang bersendiri yang tidak terikat antara satu sama lain.
Manakala
Mazahab Maliki pula mengatakan seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada
malam Ramadan yang pertama dan tidak wajib niat setiap malam.
Berdasarkan
kepada itu, pandangan sebahagian ulama Mazahab Syafie berpendapat boleh
berpegang pada pendapat Mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah bejaga-jaga
dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan.
Ada orang yang berpuasa tidak bersahur. Jadi, niat puasa itu perlu dilakukan
sebelum tidur. Umpamanya, berniat pada jam 10 malam. Niat itu tidak terbatal
walaupun selepas itu kita tidur, makan dan sebagainya.
Bahkan
kalau niat puasa untuk esok hari ketika sedang berbuka puasa pun boleh. Ini
kerana niat puasa itu mestilah pada waktu malam iaitu di antara waktu solat
Maghrib hingga waktu solat Subuh.
Bila
niat berpuasa itu hendaklah diniatkan dengan jelas sama ada puasa Ramadan,
puasa sunat, puasa nazar atau puasa ganti.
Namun,
untuk puasa Ramadan, tentulah kita berpuasa kerana itu puasa wajib pada bulan
Ramadan. Kita niat berpuasa itupun sudah tentu kerana puasa Ramadan.
No comments:
Post a Comment