Tuesday, 9 August 2022

KAMPUNG LANDAK, PENGKALAN CHEPA

 
Kampung Landak .. begitulah nama kampung aku..Aku lahir di situ..sebuah kampung yang tenang dan damai.. tahun 60an hanya ada 30 lebih rumah..Tahun 68 .. masa ayah dilantik jadi tok ngulu (ketua kampung) aku lihat dalam senarai rumah dan bilangan penduduk dalam rekod ayah..sebelum ayah, Tok Haji Daud lag Tok Ngulu Kampung Landak.

Jalan kecil hanya laluan basikal atau motosikal yang menghubung Pengkalan Chepa ke Kampung Panchur melalui kampung kami..

Sempadan Kampung Landak ialah Kampung Chekok, Kampung Jejawi, Kampung Pengkalan Nangka, Kampung Kumumin dan kem polis hutan..

Banyak tanah kosong yang berhutan di sekitar sempadan kampung.. selepas Bencah Asin, tanah raja.. pokok nyor saja.. kita panggil nyor raja.. lepas tu baru Kampung Kemumin.. sebelah pagar PPH pula sawah bendang yang memanjang .. membawa pada Bencah Sina rapat pada padang golf...sempadan PPH itu Walfare.. juga sempadan bendang kampung kami..

Sebelah Kampung Chekok pula ada sebatang anak sungai dari Sungai. Baung dan hujungnya sampai ke Belukar Lanjut..

Tahun 68 lah aku baru tengok ada perubahan pada kampung kami.. jalan kecil tu dibesarkan.. samapi ke kampung Panchur..lepas siap kita main bola atas jalan .. tak ada tar pun..

Jambatan di sungai Ngebar dibuat.. sebelum tu naik titi sahaja..

Kampung Landak kampung yang tenang.. di kampung ini tak ada kumpulan seni budaya yang aktif.. tak orang ada makyung, orang wayang kulit atau orang dikir barat.. kampung kami tak ada orang seni..atau ore mmene (mainan)..

Kalau nak tengok tunggu kem polis, kem penjara yang buat pesta apa-apalah .. baru boleh tengok..

Ada dua sumber tengok wayang gambar.. mula mula dalam kem lama PPH yang sepagar dengan penjara.. wayang dimainkan d itempat parking trak.. aku tengok Lancang Kuning di situ.. kemudian tepi pagar Kem PPH yang baru..maknanya tepi baruh kampung kami.. situ mereka tayang wayang.. kemudianya Abang Mie Pok Wil Rumah Batu.. tokeh ikan.. dia main wayang pacak ke kampung kampung.. dia akan test main di kampung kami secara percuma. .. sinilah aku tengok wayang…

Kampung kami tak ada letrik hingga penghujung 70an.. tempat kami tengok tv adalah di dewan makan rumah kebajikan (welfare).. malam malam kami ke sana.. berjujuk jujuk.. tengok cerita Melayu.. gusti..

Kemudian di awal 70an ada beberapa buah rumah saja yg ada letrik.. masuk dengan swasta.. mereka yang ada duit saja mampu..

Kampung kami baik.. tak ada orang muda yang kaki judi.. tak ada yang kaki gaduh.. ada sorang yang ditakuti.. dia kaki mencuri.. pernah dipenjara di Pengkalan Chepa juga.. namun ada yang dikenali tapi masa tu dah tua.. dia terkenal berani dan tak takut orang.. namanya Pok Mat Celeh.. celeh ni maknanya kecil.. tapi dia besar.. nama celeh itu akhirnya dapat pada aku.. sebab telinga aku kecil..

Masa aku mula remaja.. barulah nampak ramai kawan kawan yang hampir sebaya.. baru nampak ada geng.. baru boleh tubuh team bola.. baru cari tanah lapang buat padang.. tanah sodok sebelah kubur itu padang kami.. Padang Pok Kar namanya.. sebelum tu tanah lapang sebelah kilang mesin padi Tok Baji Brahim kami buat main bola.. sekali tendang saja masuk semak..

Orang pertama masuk universiti nama Ab Rahman Pok Su Mat.. universiti Bandung.. awal 70an.. lepas tu baru ada yang di universiti dalam negara.. Adiknya Mat Rani.. Mat Zin anak Pok Mat Celeh… Hasan Tok Salleh Pok Cang.. Ibrahim Pok Mat Serebeh.. Ani Hj Ibrehim.. Zulkefli Tok Said.. dan kemudiannya ramai lah.. ini yang umur sebelum aku.. aku dah 61 tahun..

Tahun 70an barulah banyak rumah didirikan.. rumah sewa.. ramailah orang luar masuk.. polis hutan, askar, guru maktab juga pelajar sekolah vokasional.. pelajar lelaki dan perempuan.. ramai juga yg pelajar perempuan akhirnya berjodoh dengan orang kampung dan kampung sekitar..

Kampung Landak tetap baik.. tak ada kenakalan yang melampau..tak ada kes kes yang teruk dan memalukan kampung.. kenakalan kami mungkin di luar kampung.. setakat curi buah orang tanam tu biasa.. nak makan bukan nak jual pun..

Aku pun tak tahu dari mana minat dan kecintaan pada yang aku buat hari ini.. terus terang tak ada pengaruh keluarga dan persekitaran.. dia muncul sendiri dan entah dari mana… terima kasih tuhan..

*** peta dari atas Kampung Landak dulu dulu.. awal 70an.. belum ada rumah sewa..

Sumber: FB Sabrii Ibn Yunus
9 Ogos 2022

No comments:

Post a Comment