Pasar Terapung Pantai Suri satu ikon
tarikan di kawasan kepulauan delta Sungai Kelantan di jajahan Tumpat. Terletak berhampiran
Pulau Suri yang dipisahkan dengan satu batang sungai, Pasar Terapung Pantai
Suri memberi peluang pengunjung merasai pengalaman seperti berada di pasar
terapung yang beroperasi di negara jiran iaitu Hatyai dan Bangkok di
Thailand.
Pasar ini terkenal kerana mempunyai deretan
bot-bot kecik yang diletakakan di tepi-tepi sungai malah yang lebih menarik
lagi bot-bot ini juga turut menjual pelbagai jenis makanan serta minuman. Pengunjung
kemudian boleh menikmati makanan di meja atau di atas hamparan tikar.
Suasana dibayangi daun pokok kelapa dan
suasana tepi sungai menjadikan ia begitu istimewa dan mengujakan.
Pasar Terapung Pantai Suri yang mula
beroperasi sejak 2016 itu dengan slogan Gaya Tradisi Penuh Klasik beroperasi
setiap hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi - 4.00 petang.
Ditutup sementar operasi ketika Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), kemudian meneruskan semula operasi pada Jun 2022, Pasar
Terapung Pantai Suri semakin dikenali bukan sahaja di kalangan penduduk
Kelantan, bahkan dari luar Kelantan. Ia menjadi salah satu daya tarikan
pengunjung datang ke Kelantan, selain mengambil peluang untuk melawat atau
mengunjungi tempat-tempat lain.
Pelbagai jualan dan barangan yang
berasaskan tradisional dijual oleh penduduk kampung untuk pengunjung yang
datang dengan harga yang sangat berpatutan. Selain makanan tradisional,
pengunjung juga boleh mendapatkan makanan, minuman serta barangan dari negara
jiran yang turut dijual di sini.
Pengunjung boleh ke sana dengan mendapatkan
khidmat bot penambang di Jeti Kuala Besar yang berada di jajahan Kota Bharu,
atau Jeti Kok Majid di jajahan Tumpat.
Ketika berada di jeti, anda hanya perlu
berkomunikasi dengan jurubot dengan menyatakan destinasi yang ingin ditujui.
Perkhidmatan tidak berjadual itu bukan
sahaja menyediakan perkhidmatan untuk ke Pasar Terapung Pantai Suri, bahkan
juga ke destinasi lain di kepulauan tersebut.
No comments:
Post a Comment