Tuesday 17 January 2023

Dasuki dilantik Pengerusi Majlis Ulama UMNO

 
Datuk Dusuki Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO yang baharu ditubuhkan. Pelantikan tersebut sebagai mengiktiraf kemampuan beliau yang bukan sahaja sebagai ulama, pemikir dan Veteran UMNO, tetapi mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang.
 
Dasuki berkelulusan Sarjana dalam Bidang Syariah daripada Universiti Al-Azhar, pernah menjadi Ahli Parlimen Tumpat dan Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Wilayah dan Kementerian Penerangan dari tahun 1982-1990. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 1976-1984, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Biro Agama UMNO Malaysia. Beliau juga pernah menjadi Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
 
Selaku tokoh Agama yang banyak pengalaman dan jaringan persahabatan di kalangan ulama dan cendekiawan Islam dalam dan luar negara, pelantikan Dusuki mampu membantu UMNO untuk memperkukuhkan lagi agenda dakwah Islamiyyah, pendidikan Islam dan tarbiyyah dalam parti.
 
Beliau juga akan dibantu oleh Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang pernah menjadi Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.
 

No comments:

Post a Comment