Suasana hidup di kampung memang
mendamaikan. Jauh dari hiruk pikuk kota. Sebab itu individu berasal dari
kampung akan pulang kembali ke kampung setelah lama mencari rezeki di bandar.
Sisa-sisa hidup dihabiskan di kampung yang penuh dengan kenangan pada masa kecil
dahulu.
Di kampung banyak perkara boleh dilakukan.
Kawasan tanah di kampung banyak yang masih kosong. Kalau yang tidak memiliki
tanah, berpeluang membelinya dengan harga yang lebih rendah berbanding harga tanah
di bandar.
Memanglah, kalau sudah usia tua, tidak
banyak aktiviti menggunakan kekuatan fizikal untuk dilakukan. Tetapi ada juga
aktiviti santai boleh dilakukan. Membina kolam untuk menternak ikan memang
sesuai diusahakan.
Menguruskan ternakan ikan tidak memerlukan
banyak tenaga. Apa yang penting memasukkan benih atau anak ikan, kemudian
memberi makan dan hal-hal penjagaan lain yang boleh dipelajari atau mendapat
khidmat nasihat dari agensi kerajaan yang berkaitan.
Suasana di tepi kolam memang mendamaikan...
No comments:
Post a Comment