Tuesday, 24 January 2023

ROTI TISU MENJADI HIDANGAN ISTIMEWA

 
Roti tisu menjadi hidangan istimewa di kebanyakan kedai mamak, selain roti canai. Mengapa dinamakan roti tisu? Cuba tengok bentuknya. Ada bentuk macam tisu atau kain diletakkan di atas pinggan di majlis makan di hotel.
 
Satu lagi kenapa dipanggil roti tisu kerana ianya hanya nipis aje. Rapuh dan rangup. Jadi jangan fikir bila tengok besar sangat macam mana nak habis makan. 

Adunan untuk membuat roti tisu lebih kurang sama banyak untuk membuat sebiji roti canai. Bentuk sahaja besar, tetapi di tengahnya kosong. 
 
Roti tisu dimakan dengan susu pekat atau air gula yang memang telah tersedia disapu padanya atau diletakkan berasingan. Ada juga menggunakan kuah roti canai. Ataupun, roti tisu dihidangkan bersama dengan aiskrim. 

Sebenarnya anda boleh memilih apa-apa bentuk manisan, perisa atau kuah yang digemari. Yang penting, makan roti tisu memberi kepuasan yang berbeza berbanding roti canai.

No comments:

Post a Comment