Solat adalah tiang agama.
Tanpa menunaikan sembahyang, maka runtuhlah agamanya. Tiada kekuatan untuk
membawa kepada amalan kebaikan lain.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: "Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat
maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah
meruntuhkan agama" (Hadis riwayat Baihaqi)
Sebab itu dalam keadaan apa sekalipun, setiap muslim wajib menunaikan solat fardu lima kali sehari.
Orang sakit tetap wajib
menunaikan solat biarpun dalam keadaan duduk, mengiring mahupun terlentang.
Kefarduan menunaikan solat tetap tertanggung di atas diri muslim selagi dia
masih sedar dan berfikiran waras.
Perbuatan meringankan
tanggungjawab menunaikan sembahyang satu dosa besar. Maka itu, dalam kesibukan
mahupun keadaan tidak selesa, sembahyang mesti diutamakan.
Justeru, sesiapa yang
meninggalkan solat walaupun mengerjakan ibadah-ibadah yang lain seolah-olah
memiliki rumah yang indah dan mewah, tetapi tidak mempunyai tiang yang kukuh
untuk menjaminnya kekal teguh.
Lama-kelamaan rumah
tersebut akan runtuh dan musnah menyembah bumi. Perumpamaan ini begitu
signifikan sekali sekiranya dikaitkan dengan realiti masyarakat Islam yang ada
pada hari ini.
Bukan sedikit yang
meninggalkan solat walaupun tetap melakukan ibadah yang lain seperti menunaikan
zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan.
Tempat untuk menunaikan
sembahyang tidak hanya di masjid, surau atau di rumah sahaja. Di mana-mana
sahaja boleh dijadikan tempat sujud asalkan bersih dari najis.
Sebab itu dalam keadaan apa sekalipun, setiap muslim wajib menunaikan solat fardu lima kali sehari.
No comments:
Post a Comment