Wednesday, 11 May 2022

TERNAK ANGSA SEBAGAI PENJAGA KAWASAN

 
Angsa (Cygnus spp atau Coscorba spp) adalah haiwan dari keluarga Anatidae yang sama dengan haiwan seperti Itik, tetapi fizikalnya lebih besar. Haiwan ini terdapat di seluruh dunia.

Sifat angsa hampir sama dengan itik, tetapi kadang-kadang menjadi agrasif mengejar dan menyerang ternakan lain, termasuk manusia.

Sifatnya itu menjadikan ia ‘penjaga’ kawasan. Angsa akan berbunyi jika ada yang memasuki kawasannya.

Sebab itu, penternak ayam dan itik akan turut memelihara beberapa ekor angsa sebagai pengawal kepada ternakan lain, terutama dari serangan musang dan ular.

Angsa akan menyerang musang dan ular yang memasuki kawasannya. Selain menggunakan mucung yang kuat, ia juga akan mengelurkan bunyi yang kuat, seakan-akan memberi tahu tuan akan kehadiran musuh itu.

Angsa merupakan sejenis haiwan yang sangat tahan dari serangan penyakit berbanding dengan ternakan unggas yang lain. Angsa memang sinonim dengan air kerana habitatnya memang perlukan air. Walau pun kawasan ternakan angsa kotor dan lembab tetapi jarang sekali angsa kita sakit.

Di kampung atau tempat luas, penternakan angsa tidak memerlukan reban. Ia boleh dibiarkan bergerak bebas memcari makanan terdiri serangga dan buah-buahan yang gugur, selain makanan yang disedikan oleh tuannya.

Angsa adalah haiwan yang monogami di mana seekor jantan akan bersama dengan 2-3 ekor bentina dan setia dengan pasangannya beberapa tahun. Angsa betina mampu bertelur selama 10 tahun di mana bilangan telurnya akan bertambah dari tahun ketahun sehingga angsa itu tua.

No comments:

Post a Comment