Friday, 27 June 2025

TILAPIA HITAM ANCAM EKOSISTEM SUNGAI

 
Tilapia hitam ancam ekosistem sungai. Dikategorikan sebagai spesies invasif yang boleh memberi kesan buruk kepada ekologi hidupan air lain. 

Keberadannya boleh merosakkan ekosistem di sungai, paya, dan saluran dengan memakan ikan kecil, udang, dan larva siput.

Ikan tilapia hitam mudah membiak. Induknya boleh menghasilkan sehingga 500 anak pada satu masa. 
 
Spesies berasal dari Afrika Barat telah tersebar ke banyak tampat oleh penternak kerana mudah diternak disebabkan tahan lasak dan cepat membiak. 

Ada penternak tidak bertanggungjawab telah melepaskan ikan tersebut ke perairan awam seperti sungai dan tasik.
 
Panel sains Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada tahun 2023 bahawa tilapia sedang merebak dengan lebih cepat berbanding sebelum ini, merosakkan tanaman, menyebarkan penyakit, dan mengganggu ekosistem.
 
Ikan hitam tilapia digambarkan sebagai spesies paling invasif yang mengancam biodiversiti di kebanyakan negara. 

Spesies invasif boleh bersaing dengan spesies tempatan untuk mendapatkan makanan dan ruang, serta sering kali lebih berdaya saing sehingga menyebabkan spesies asli hilang atau terancam.
 
Ikan tilapia hitam mempunyai daging yang lembut dan teksturnya halus, boleh membesar hingga 30-40 cm dengan berat maksimum sekitar satu kilogram. 

No comments:

Post a Comment