Wednesday 19 February 2020

KUMBANG BADAK KABUR NYOR


Kenalkah anda serangga apa yang terdapat pada gambar yang ditunjukkan ini. Itu adalah salah satu jenis kumbang. Kumbang ini ada yang menggelarnya kumbang badak. Kumbang badak atau nama saintifiknya, Oryctes rhinoceros. Struktur badan seakan-akan menyerupai bentuk seekor badak sumatera. Serangga ini amat sinonim dengan pokok kelapa sawit dan ia sangat jinak.

Kumbang badak juga dipanggil kumbang kelapa atau kumbang nyor. Dalam dialek Kelantan dipanggil 'kabur nyor'. Dikatakan kabur nyor kerana kumbang ini menjadikan pokok kelapa sebagai sasaran untuk dimakan. Kabur nyor akan menyerang bahagian umbut kelapa dengan cara menebuk bahagian umbut muda yang masih lembut.

Umbut kelapa yang dimakan oleh kumbang kelapa akan terganggu tumbesaran dan jika kerosakan yang besar boleh menyebabkan pokok kelapa akan mati. Tanda awal kelapa diserang oleh kumbang kelapa ialah daun yang berbentuk akan kelihatan seperti kipas.

Kumbang kelapa aktif ketika waktu malam. Ketika malam kumbang kelapa akan menyerang atau memakan umbut pokok kelapa. Pada waktu siang keadaan kumbang kelapa seakan-akan lemah. Tidak bermaya untuk terbang atau bergerak. Pada waktu malam masa yang sesuai untuk menangkap kumbang kelapa dan dihapuskan.

Selain pokok kelapa, kumbang ini juga menyerang pokok kelapa sawit. Mudah kata pokok ini biasa menyerang pokok palma yang mempunyai umbut.

No comments:

Post a Comment