Sunday 1 March 2020

OPERASI KESAN PEMANDU MABUK DITINGKATKAN


Pihak polis meningkatkan usaha mengesan pemandu yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan. Tindakan ini perlu memandangkan kes pemandu mabuk meningkat dan sekaligus menambah bilangan kemalangan akibatnya.

Tindakan pemandu memandu ketika mabuk boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Pihak polis melakukan operasi pada hari dan waktu yang pada kebiasaannya terdapat ramai yang meminum arak akan pulang dengan memandu kenderaan masing-masing. Kawasan ‘hotspot’ tersebut biaanya sudah dikenal pasti berdasarkan beberapa faktor tertentu.

Pemandu yang disyaki mabuk atau minum arak akan diuji menggunakan alat ‘Screening Device II’ (SDII) untuk mengetahui tahap alkohol. Sesiapa tahap alkoholnya tinggi akan menjalani ujian kali kedua melalui mesin ‘Evidential Breath Analyzer (EBA) II’.

Mana-mana pemandu yang didapati kandungan alkohol yang diambilnya melebihi had ditetapkan, akan disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan pemandu mabuk boleh menyalurkan aduan kepada polis.

No comments:

Post a Comment