Khasiat rumput sambau (Eluesine indica) diiktiraf dan mempunyai sejarah dalam amalan
perubatan tradisional di seluruh dunia. Rumput ini mudah ditemui di sekitar tempat tinggil dan dianggap sebagai rumpai.
Di India, pucuk muda dimakan sebagai sumber
makanan berkhasiat manakala akar dan bijinya itu akan dijadikan sebagai ubat
tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti asma, demam, dan jangkitan
saluran kencing.
Di Malaysia, rumput sambau tidak dimakan,
tetapi khasiat perubatannya diiktiraf. Ia juga digunakan dalam perubatan
tradisional Melayu untuk bersalin, melegakan kesakitan, dan gejala selesema.
Ilmu tradisional menonjolkan potensi rumput
sambau sebagai sumber perubatan semula jadi. Penggunaan ubatan alternatif
mendapat permintaan meluas oleh pengamal tradisional di seluruh pelusuk dunia
untuk mengurangkan kesakitan dan penyakit.
Rumput sambau juga digunakan untuk merawat
penyakit seperti keradangan dan gangguan berkaitan imun.
Kajian menunjukkan rumput sambau berpotensi
mengatasi masalah kekurangan serat hijau sewaktu musim kering yang melanda di
Nepal. Perubatan etnoterinar pula mendapati bahawa rumput ini telah digunakan
bagi merawat demam pada ruminan.
Kajian menunjukkan rumput sambau kaya
dengan pelbagai fitokimia yang bermanfaat, termasuk flavonoid, steroid, dan
asid lemak.
Sebatian ini mempunyai sifat antioksidan,
antimikrob dan antiradang, yang berpotensi menjelaskan keberkesanan tumbuhan dalam
merawat beberapa penyakit.
Penyelidik mencadangkan kandungan flavonoid
pada rumput sambau boleh membantu mengurangkan keradangan dan mengurangkan
kesakitan bagi menyokong kegunaannya dalam perubatan tradisional.
SUMBER
No comments:
Post a Comment