Friday 6 March 2020

CARA JADI ORANG TENANG


Nak jadi orang tenang mesti ada 8 karakter. Ini yang saya belajar dalam Prof Muhaya.

- Lembut pada orang, 'keras' pada diri sendiri. Maksudnya ada disiplin, bersungguh dalam buat dan capai sesuatu.

- Niat bangun pagi setiap hari nak jadi orang tenang. Rezeki datang. Tenang rezeki, sihat rezeki, keluarga bahagia rezeki, ada kerja rezeki, jiran baik rezeki. Segalanya rezeki yang perlu dinikmati.

- Jangan keluar rumah selagi bacaan meter kasih sayang tiada dalam hati. Refresh dan lihat tangki emosi kita. Penuh atau kurang dengan kasih sayang. Tarik nafas, ya Allah aku sayang diriku, aku sayang semua yang hadir dalam hidupku.
95% booster manusia daripada jiwa yang kuat dan penuh kasih sayang.

- Cari redha Allah sahaja bukan redha manusia dan dunia. Inilah ubat mujarab kekecewaan. Selain Allah semuanya kurang, terbatas dan lemah. Always back to Him.

- Nampak orang doakan. Salah satu cara jaga mata dan jaga hati. Ini pula ubat kesombongan dan cara aktifkan rasa empati kepada orang lain. Nak bahagia doakan orang lain bahagia. Nak lunas hutang (amanah) doakan orang lunas amanah.
Nak sihat, doakan pasangan, keluarga, bos, rakan sekerja, jiran dan siapa kita jumpa sihat. Nak apa pun doakan orang lain. Malaikat mendoakan kita pula.

 - Istighfar dan sentiasa memaafkan. Istighfar itu maksudnya saya salah, ampuni saya dan saya sedia untuk belajar baiki diri ya Allah. Inilah solusi kepada segala masalah kita dengan Allah dan dengan manusia. Sifat inilah yang tiada pada iblis.

- Gila kepada ilmu. Bukan mencari berita. Sentiasa cari dan tambah ilmu mengenal diri, mengenal Allah, mengenal hakikat kehidupan dan apa-apa ilmu bermanfaat dunia akhirat.

- Bila mahu menulis, tentukan apakah yang ditulis ada kesan kepada timbangan amal diri dan orang lain.

FB Nordianah Bachok
Bahagia membahagiakan


No comments:

Post a Comment