Tuesday 18 May 2021

PATUH SOP CARA TERBAIK KAWAL COVID-19

Menyalahkan kerajaan dalam soal kegagalan mengawal wabak Covid-19 bukan satu kaedah membawa kebaikan. Budaya suka menyalahkan pihak lain tidak akan mengubah keadaan.

Cuba tanya apa peranan rakyat untuk mengawal wabak Covid-19 yang kembali mengganas mencari mangsa. Kita semua boleh menjadi mangsa jika tidak patuh SOP.

Penularan yang berlaku sekarang kerana rakyat gagal ikut SOP. SOP yang ditetapkan dianggap menyusahkan. Tetapi rakyat tidak sedar, kerana tidak ikut SOP menyebabkan keadaan menjadi semakin susah. Keadaan menjadi kelam kabut dan memenatkan.

Usaha mengawal penularan Covid-19 hanya akan berjaya jika rakyat patuh kepada SOP. Menyalahkan kerajaan bukan cara pengawalan.

Kalau asyik salahkan kerajaan dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, virus Covid-19 tetap tersebar.

Sebaliknya, kalau rakyat ikut SOP yang ditetapkan kerajaan, insya-Allah penularan Covid-19 akan dapat dikawal.

Kita jaga kita. Duduk di rumah.

No comments:

Post a Comment