Tuesday 18 May 2021

LEBUH RAYA SESAK KERANA POLIS BUAT KERJA

Banyak kiriman dan komen di media maya mengenai kesesakan teruk yang berlaku di Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur selepas Aidilfitri yang dianggap pelanggaran rentas negeri dan rentas daerah.

Kiriman gambar dan video bukan setakat ‘melaporkan’ situasi semasa, tetapi turut mengundang perasaan marah dan tidak puas hati mengapa banyak dibenarkan rentas negeri untuk balik raya di kampung. Maka, dituduh SOP Covid-19 dan kerajaan gagal mengawalnya.

SOP tidak gagal. Kerajaan juga tidak gagal. SOP diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipatuhi majoriti rakyat. Tiada layanan berbeza ke atas mereka yang memohon rentas negeri.

Punca kesesakan adalah kerana polis buat kerja dengan betul. Polis layan sama semua yang melalui lebuh raya tersebut. Semua kenderaan diperiksa dengan teliti. Tengok dan baca dokumen yang dibawa pemandu yang membenarkan mereka rentas negeri.  

Hasilnya, didapati kebanyakan pemandu didapati mempunyai dokumen rentas negeri dan paling banyak adalah berkaitan urusan balik ke universiti serta institusi pendidikan lain selain ada juga yang berkaitan urusan kerja di sekitar Lembah Klang.

Menurut sumber polis, kesesakan antara tiga hingga empat kilometer itu tidak setara dengan kesesakan pada musim perayaan yang biasanya berlaku menjangkau 20 ke 30 kilometer walaupun tiada sekatan jalan raya dibuat.

No comments:

Post a Comment