Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Buu juga dikenali pati ikan bilis diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur.
Biarpun di Kelantan terkenal dengan budu, tiada tempat di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu dinamakan ‘budu’. Sebaliknya, ada tempat di Benta Kuala Lipis Pahang yang dinamakan Kampung Budu. Pun begitu, dinamakan Kampung Budu tiada kaitan dengan maksud budu yang menjadi kegemaran orang Kelantan itu.
Dahulu, orang makan budu semata-mata kerana rasanya yang sedap untuk membangkitkan selera makan. Ia dimakan bersama ulam dan campuran lain seperti ikan bakar, lada, perahan limau nipis dan bawan merah.
Namun, kini budu semakin terkenal sebagai makanan yang kaya khasiat. Budu merupakan makanan yang mempunyai vitamin B yang paling banyak seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Budu juga merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria jenis Klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin.
Vitamin B12 ini hanya ada pada budu dan tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain daripada laporan saintifik.
Fungsi vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah di mana kekurangan boleh menyebabkan penyakit anemia perisiosa (pucat) atau sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar.
Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.
Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
Jumlah mineral zat besi, kalsium dan juga magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat seperti antioksidan yang baik untuk kesihatan.
Mungkin orang pantai timur yang banyak makan budu adalah jenis orang yang sihat dan bijak. Budu makanan tradisional yang popular dan berkhasiat.
No comments:
Post a Comment