Tuesday 13 December 2016

Rawat rambut guna kulit pokok beluru

Masyarakat dulu menggunakan sumber alam semulajadi untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Antara yang diamalkan ialah penggunaan kulit beluru atau sintok untuk penjagaan rambut. 

Biarpun amalan itu telah jarang diamalkan, bahkan tidak ramai yang mengetahui mengenainya, masih ada yang meneruskan amalan tradisi ini.  

Khasiat atau kebaikan kulit beluru rawat rambut memang diakui ramai. Sebab itu, kulit beluru masih diguna oleh mereka yang tahu kelebihan menggunakan kulit beluru.

Biarpun terdapat banyak produk penjagaan rambut di pasaran, namun pengguna setia kulit beluru tidak berubah kepada cara moden.

Maka itu, kegunaan kulit beluru perlu dikomersilkan dengan gabungan produk herba lain yang pastinya akan mendapat permintaan ramai. Kegunaan bahan semulajadi semakin mendapat perhatian kerana tidak terdapat kesan sampingan, berbanding penggunaan produk yang terdapat kandungan bahan kimia.

Secara tradisinya kulit beluru diketuk hingga menjadi bersabut. Rendam dalam air dan air digunakan untuk mencuci rambut.

Hasilnya rambut akan menjadi lebih sihat dan berkilat. Orang-orang lama melakukannya sebulan sekali.

Semoga ada pihak penyelidik dan pengilang bersedia mengkomersilkan penggunaan kulit beluru ini. Khazanah alam perlu digunakan sebaik mungkin dan boleh menjadi satu usaha mendatangkan sumber ekonomi. 

No comments:

Post a Comment