Melayu mudah lupa. Melayu mudah diperdaya. Taktik penyamaran
berimej Melayu dan disukai Melayu bertujuan menipu dan perdaya Melayu sering
dilakukan pihak musuh.
Contohnya
penyamaran komunis melakukan sesuatu
atau hidup seperti amalan kebiasaan orang Melayu semata-mata demi menarik sokongan
Melayu.
Pemimpin utama
Parti Komunis Malaya (PKM), Cheng Ping pernah
menggunakan nama Haji Ali bertemu orang Melayu Pahang sehingga orang tak
perasaan bahawa dia Cheng Ping.
Dia boleh
membaca dan menulis jawi dengan baik. Masa berucap pada majlis menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia dan Thailand di Hatnyai
Thailand, dia bukan sahaja berucap dalam bahasa Melayu tetapi teks ucapan
bertulisan jawi, sedangkan wakil Malaysia berucap dalam bahasa Inggeris
manakala wakil Thailand berucap dalam bahasa Thai.
Orang Melayu
mudah diperdaya dan mudah percaya sebagai mereka percaya kepada tulah, badi,
dewa, genain, penunggu, hantu, toyol, anak kerak dan sebagai kerana terpengaruh
dengan agama Sanskritisme, yakni amalan Islam dicampur-aduk dengan amalan agama
Buddha Mahayana.
Hal ini kerana
sebelum Islam datang kepada orang Melayu, agama anutan orang Melayu adalah
Buddha Maharaja. Semoga setelah orang Melayu semakin tamaddun, mereka tidak
akan kembali kepada Sanskritisme, apatah lagi Buddha Mahayana walau ada
kalangan berusaha ke arah dengan bantuan bisikan syaitan dan agen syaitan di
kalangan manusia, termasuk manusia Melayu sendiri.
Soal penyamaran ini memang
banyak dilakukan bukan Melayu dan bukan Islam. Mereka tahu orang Melayu mudah terpedaya. Asal ada orang ingin membantu, maka terus
diterima tanpa usul periksa. Malah, jika
dinasihati agar berhati-hati, maka tentu sekali dikatakan orang dengki
kepadanya.
Untuk melakukan penyamaran,
orang bukan Islam akan menggunakan orang Islam sendiri sebagai
pengantaraan. Menggunakan pengaruh orang
Islam untuk menarik keyakinan orang Islam.
Mereka akan menghulurkan
bantuan kepada orang Islam, masuk ke masjid, surau dan madrasah. Kalau beberapa tahun lalu, kecoh wanita bukan
Islam berpakaian tidak sopan di masjid, maka kini mereka berpakaian lebih sopan
berbanding orang wanita Islam berada di masjid.
Demi penyamaran
memperdayakan orang Melayu, mereka sanggup melakukan apa saja. Mereka telah menkaji sejarah bagaimana
mudahnya Melayu ditipu.
Tahun 1958...Lee Kuan Yew
sentiasa pakai songkok dan membaca terjemahan al-Quran, telah berjaya menarik
banyak Melayu menyokongnya.
Nama seperti Yusof Ishak dan Osman Wok berjuang bersama
Lee Kuan Yew untuk menarik sokongan orang Melayu. Hasilnya, PAP berjaya memerintah
Singapura.
Setelah mendapat kuasa,
Melayu dipinggirkan. Itulah raliti
sejarah Melayu di Singapura.
Hal yang sama semakin
terserlah di Malaysia sekarang. Mungkinkan sejarah itu akan berulang kepada bangsa Melayu Malaysia?
Kata pujangga, bangsa lupa
sejarah akan mengulangi sejarah kesalahan dilakukan oleh bangsanya pada masa
lalu. Ingatlah, sejarah buruk akan
sentiasa berulang jika kita lupa padanya.
No comments:
Post a Comment