Yang
di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi
yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas tetapi tertakluk kepada perlembagaan.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas tetapi tertakluk kepada perlembagaan.
Perlembagaan
menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa
ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Jemaah Menteri yang
diketuai oleh Perdana Menteri.
Bagaimanapun,
Perkara 40 menjelaskan Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siap
yang dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak terikat pada keputusan Perdana
Menteri sekiranya tiada parti memenangi undi majoriti. Ia, bagaimanapun tidak
membenarkan hak dan kuasa menyingkirkan Perdana Menteri.
Perkara 40
juga memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong juga untuk menolak atau
menggantung permohonan membubarkan parlimen.
Yang Dipertuan
Agong boleh memanggil, menghentikan dan membubarkan Parlimen berdasarkan
Perkara 55 tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen dengan permintaan Perdana
Menteri (Perkara 43).
Boleh menolak
undang-undang baru atau pindahan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak
membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari
dari pembentangan awal padanya (Perkara 66).
Perkara 3 berkaitan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan memberi tanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja sebagai ketua agama Islam.
Perkara 3 berkaitan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan memberi tanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja sebagai ketua agama Islam.
Dengan kata
lain, kedudukan Yang Dipertuan Agong amat penting dalam sistem pemerintahan
negara. Kedudukan tertinggi dalam haraki
pemerintahan.
Jika ada yang
menghina kedudukan Yang Dipertuan Agong, bermakna mereka tidak menghormati
sistem pemerintahan negara. Mereka ingin merosakkan apa yang telah diamalkan sejak
negara mencapai kemerdekaan.
Rakyat wajib menolak mana-mana pihak yang menghina Yang Dipertuan Agung dan raja-raja Melayu kerana baginda adalah payung kepada orang Melayu dan agama Islam.
Rakyat wajib menolak mana-mana pihak yang menghina Yang Dipertuan Agung dan raja-raja Melayu kerana baginda adalah payung kepada orang Melayu dan agama Islam.
Menghina raja
samalah menghina mereka yang diamanahkan menjaga agama Islam sepertimana
tercatat dalam Perkara 3.
Malang sekali,
orang Melayu dan Islam yang sepatutnya bermati-matian mempertahankan kedudukan
Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu turut sama menjadi pendurhaka
bersama-sama pihak yang ingin menghapuskan sistem beraja di Malaysia.
Sayangi dan hormatilah sistem pemerintahan negara kita. Sesiapa dengan sengaja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan dengan alasan untuk mencetuskan huru hara dan keadaan bencikan pemerintah, bermakna mereka telah melakukan perbuatan dosa.
Rakyat wajib mentaati pemerintah selagi tidak diperintah melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Sesungguhnya sikap membelakangi pemerintah Islam adalah agenda jahat yang dilakukan oleh bukan Islam. Mereka tidak mahu negara Islam terus aman dan maju. Maka, satu usaha agar tidak menghormati pemerintah dilakukan melalui dasar campurtangan secara tersembunyi.

Tangan-tangan
asing akan memberi peruntukan kewangan, khidmat nasihat dan beberapa
pertolongan lain bagi menjayakan misi menjatuhkan negara Islam.
Malah, mereka cuba membuat serangan pemikiran dengan meletakkan asas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan Islam adalah menyalahi hak asasi manusia. Mereka menghila dan memberi tekanan kepada kerajaan Islam.

Perkara ini
berlaku di banyak negara lain sehingga mengakibatkan kejatuhan sesuatu kuasa
pemerintahan. Negara berkenaan diambilalih
oleh golongan yang mempunyai agenda tersendiri dan lebih memihak kepada kuasa
asing.
Keadaan demikian menjadikan mereka menjadi boneka dan memerintah negara berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh kuasa asing.
Sesungguhnya, kita perlu mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kedudukan Islam dengan bersungguh-sungguh. Apa yang dilakukan ada satu jihad yang dituntut oleh agama. Sesiapa mengkhianati pemimpin bermakna dia mengkhianati Islam.

No comments:
Post a Comment