Tuesday 27 December 2016

DAP atur strategi

Mengapa Melayu suka bergaduh sesama sendiri.  Siapa yang untung? Pepatah telah mengajar kita, kalau bergaduh sesama sendiri, menang jadi arang, kalah jadi abu.  

Jadi siapa yang untung dalam pergaduhan sesama Melayu.

Tidak ada fakta sejarah mengatakan bergaduh akan menyebabkan sesuatu bangsa itu kuat. Yang pasti, bergaduh menyebabkan lemah dan terus hancur. 

Kita perlu istiqamah dan berterusan yakin dengan usaha memperkasakan Melayu dan memenangkan Islam. Kejayaan bukan datang dengan mudah.

Kita elok mempelajari bagaimana Lim Kit Siang sungguh istiqamah dan yakin kepada usaha dilakukan untuk DAP menawan Malaysia. 

Buku Time Bombs in Malaysia harus dibaca secara tersirat. Sejak 70an lagi semua kerajaan buat tak betul.  Korup dan tidak cekap. Itu fahaman yang ditanam ke dalam minda rakyat Malaysia oleh DAP. 

Maksud mudah yang ingin disampaikan ialah kerajaan pimpinan Melayu ini bodoh! Sampai hari ini DAP masih menanam kepercayaan itu sampaikan anak anak Melayu pun dah tidak sanjung pemimpin pemimpin Melayu!

Apa yang disebarkan oleh DAP adalah persepsi saja, tetapi berjaya ditanam dalam minda sebagai satu perkara yang betul. Hal ini mendapat sokongan orang Melayu sendiri untuk mengiyakan apa saja yang berlaku. 

Mereka lebih suka melihat sedikit kesilapan, berbanding berterima kasih dan menghargai apa banyak kejayaan dan kemakmuran yang dicapai Malaysia lewat kemerdekaan.  Malaysia gah di mana dunia, tetapi hina di mata rakyat sendiri.

Inilah kejayaan DAP.  Mereka lebih hebat dan bjiak mengatur strategi apabila berjaya menguasai Pulau Pinang dan bergabung di Selangor dengan PKR dan Pas.  

DAP mengeksplotasi seluruh potensi yang dimiliki untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka adalah yang terbaik. 

Setiap langkah mereka penuh dengan muslihat. Mereka licik. Mereka bijak. Mereka serang segenap penjuru yang dilihat ada peluang untuk membangkitkan rasa benci rakyat kepada kerajaan Malaysia yang dikuasai Melayu.

Mereka cukup yakin untuk perintah Malaysia. Negara lain yang baik dengan parti itu pun mahu melihat berlaku pertukaran kuasa pemerintahan.  

Semasa orang-orang Melayu sengketa sesama sendiri, DAP bergerak ke sana ke mari.
Sehinggakan ke Mesir pun mereka pergi membawa ideologi “sama-rata” dan mempersoalkan mengapa terlalu ramai pelajar Melayu belajar perubatan di sana. 

Mengapakah tiada bangsa lain? Mengapa DAP tiba-tiba beria-ia mahu ke Mesir? Jika tak percaya apa yang dipersoalkan oleh DAP itu cuba tanya dengan kedutaan kita di Kaherah?

Dengan penuh yakin mereka ke Kelantan pula memberi bantuan perumahan kepada mangsa banjir dan menerima masuk Sasterawan Negara yang keliru, Pak Samad Said, ke dalam DAP.

Siapa kata pakatan pembangkang sedang berpecah. Yang berpecah ialah orang Melayu. Itulah pun yang DAP mahu lihat.

AMANAH, pecahan Pas dibentuk bagi memecahbelahkan orang Melayu. Tajaan dari siapa agaknya AMANAH?

Hakikatnya dalam politik Malaysia ini hanya ada dua parti Melayu sahaja, iaitu UMNO dan Pas. Jika tidak boleh pecahkan UMNO, pecahkan Pas.

Yang pasti DAP cukup marah kerana geng-geng mereka kalah habis dalam Pas. Mat Sabu gagal menjalankan misinya.

Krisis dalam UMNO akhirnya timbul pula BERSATU.  Yang untungnya DAP. Mereka ambil dan guna peluang akibat perpecahan Melayu.  

Yang bersungguh-sungguh sangat mengisytiharkan pakatan pembangkang sudah pecah adalah Kit Siang, anaknya Guan Eng, sekongkolan mereka Tun Mahathir, Mat Sabu dan Wan Azizah.

Mereka sedang membuat satu strategi perang yang cukup mengelirukan. Tentera semut sedang bekerja. Perpecahan dalam Pakatan Rakyat sebenarnya memberi kebaikan kepada DAP. 

Mereka boleh halau ahli Pas yang tidak sekepala dengan mereka. Sebaliknya mereka menaja ahli Pas yang sekepala dengan mereka untuk tubuh parti baru.

DAP cukup yakin untuk menguasai Malaysia.  Mereka tidak mudah mengaku kalah. Seperti projek Tanjung bagi menawan Pulau Pinang dulu, setiap kali semasa pilihan raya Kit Siang dengan muka selamba akan terus menerus berkata kepada para pengundi “kami susah mahu menumbangkan BN.” Akhirnya taktik songsangnya berjaya.

DAP penuh dengan muslihat. Anwar Ibrahim yang sedang merengkuk dalam penjara pun bukan asyik tidur sahaja. Dia juga sedang merancang strategi. Dia sedang bekerja. Lakonan Anwar cukup berbisa yang memberi kesan politik yang boleh menjatuhkan kepimpinan Melayu.

Operasi perang saraf reverse-psychology mereka cukup halus. Mereka cukup terancang. Sasaran mereka adalah PRU-14. Malaysia mesti ditawan.

Setiap isu kepincangan atau kelemahan dalam kerajaan dibongkar. Akibatnya penyokong kerajaan, termasuk di kalangan YB kerajaan sendiri memberi respon yang menghuruharakan kepimpinan Melayu. 

DAP hanya perlu menyelinap masuk mencari isu dan dilontarkan ke umum untuk menghakis keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Ingatlah, menjatuhkan kerajaan Melayu hanya agenda sampingan DAP. Yang lebih penting mereka ingin mengembangkan ajaran Kristian di Malaysia. Majoriti pemimpin DAP menganut agama Kristian. 

No comments:

Post a Comment