Thursday 27 August 2020

MENGAPA PERLU BUAT HEBAHAN PERKAHWINAN


Dalam Islam, amat menuntut agar berita mengenai perkahwinan dihebahkan. Salah satu cara hebahan perkahwinan ialah melalui majis walimatulurus atau jamuan makan. 

Walimatulurus ialah mengadakan jamuan sebagai tanda kesyukur dan menghebahkan mengenai perkahwinan. Menghadiri majlis jamuan amat dituntut biarpun tidak berhasrat untuk menikmati jamuan disebabkan alasan tertentu. Apa yang penting ialah hadir meraikan majlis dan merapatkan silatulrahim.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu diundang ke sesuatu jamuan makan, hendaklah kamu menghadirinya. Jika kamu mahu makan, makanlah.  Dan jika tidak mahu makan, tidak mengapa." - (Hadis riwayat Muslim).

Hebahan perkahwinan bertujuan mengelak fitnah yang mungkin dilemparkan kepada pasangan yang baru berkahwin. Sekirannya perkahwinan itu tidak diketahui orang lain, mereka akan dipandang serong dan difitnah melakukan maksiat apabila berdua-duan.  

Hebahan juga bertujuan memberitahu mengenai seseorang wanita telah berstatus isteri kepada suaminya. Hal ini dapat mengelak ada lelaki lain menaruh minat terhadapnya. 

Sebab itu, perkahwinan perlu dihebahkan dengan apa cara sekalipun. Jika tidak mampu atau tidak mahu mengadakan walimatulurus, sebarkan berita itu melalui jiran tetangga. Sekarang ini hebahan melalui media sosial cukup berkesan kerana melibatkan rakan atau mereka dikenali. Cara itu lebih mudah dan murah.  

Ini contoh hebahan yang dibuat di media sosial:

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah dengan penuh rasa syukur dan berbesar hati, saya ingin memaklumkan bahawa saya dan pasangan akan mengadakan Majlis Perkahwinan seperti mana yang dilampirkan.

Sehubungan dengan itu, kami akan mengadakan majlis ini secara kecil-kecilan dengan menjemput sebilangan kecil tetamu sahaja.

Hal ini disebabkan penularan kes Covid-19 & Perintah Kawalan Pergerakan oleh pihak kerajaan

Dan setelah mengambil kira pandangan banyak pihak, saya dan keluarga mengambil langkah untuk mengadakan majlis ini secara sederhana mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan

Persediaan majlis (makan & minum) kami sekeluarga sediakan hanya untuk meraikan kedatangan keluarga pengantin perempuan, adik beradik dan sahabat/rakan terdekat sahaja. Kami memohon beribu kemaafan kpd sahabat/rakan yg tidak dijemput.

Namun begitu, kami sentiasa memohon iringan doa daripada kalian agar Baitul Muslim yang dibina sentiasa di dalam redha Nya, dipenuhi mawaddah dan rahmat daripada Allah S.W.T. serta dipermudahkan urusan ini dengan jayanya.

Jutaan terima kasih kami ucapkan di atas doa yang dikirimkan

No comments:

Post a Comment