
Burung
gembala kerbau banyak
terdapat di Malaysia. Dipanggil burung gemala kerbau kerana burung ini suka
bertengek di atas kerbau. Burung gembala kerbau akan memakan serangga atau kutu yang ada di
bahagian badan kerbau. Dalam dialek Kelantan, burung gembala kerbau dipanggil burung leba.
Burung
gembala kerbau atau dipanggil juga burung tiong gemala kerbau mudah
dipelihara di dalam sangkar mahupun dijinakkan. Burung ini termasuk jenis makan
serba serbi.
Burung ini makan serangga, labah-labah, krustaseans, reptilia,
mamalia kecil, biji benih, bijirin dan buah dan bahan buangan dari penempatan
manusia.
Burung
gembala kerbau mudah dijinakkan, terutama jika dibela dari kecil. Jadi burung ini boleh
dijadikan binatang mainan dan mengingati nama panggilan yang diberikan
kepadanya.
Burung
gembala kerbau yang jinak akan terbang bebas mencari makanan, tetapi akan
sentiasa pulang ke rumah, terutama ketika tuannya ada di rumah.
Ini berbeza
dengan burung merpati yang terbang mencari makan pada sebelah pagi dan hanya
akan pulang menjelang petang.
Memandangkan
burung gembala kerbau makan serba serbi, makanan boleh boleh dikongsi dengan
manusia. Sebab itu, burung ini juga akan sibuk ‘minta’ makanan ketika tuannya
makan.
Menariknya
kebolehan burung gemala kerbau ialah boleh ‘bertutur’ atau mengajuk beberapa
patah perkataan yang biasa didengar atau diajarkan kepadanya.
Burung
gemala kerbau yang tinggal bebas bersama kawanan akan berbunyi bersama-sama pada
awal malam yang dianggap sebagai ‘bunyi masyaakat’. Jadi, tidak sukar untuk
mengetahui tempat tinggal burung gemala kerbau pada waktu malam.
Burung
gembala kerbau mudah dikenali dengan badannya yang bewarna perang, kepala
selubung hitam, dan tompok kuning di belakang mata. Paruh dan kakinya adalah
kuning terang.
Terdapat tompok putih pada tepi utama pelepah primer
luar dan alad sayap di bahagian bawah adalah bewarna putih. Kedua jantina
adalah serupa.
Cara
menjinakkan burung gemala kerbau
https://impianwaliman.blogspot.com/2021/11/swa.html
https://impianwaliman.blogspot.com/2021/11/swa.html
Berapa harga
ReplyDelete