Monday 20 July 2020

Sejadah sandar lipat

Semasa mendengar ceramah atau kuliah di masjid, ahli jemaah biasanya akan mencari dinding atau tiang untuk bersandar, terutama di kalangan golongan tua. Pinggang mudah lenguh dan sakit jika duduk lama tanpa tempat bersandar.

Setiap masalah ada yang berusaha untuk mengatasinya. Inovasi kreatif telah menemui satu produk yang dinamakan ‘sejadah sandar’.

Sejadah sandar sesuai digunakan semasa mendengar ceramah di masjid, hendak mengaji lepas solat dan hendak rehat santai pun boleh. Boleh terus sandar terus.

Produk sejadah sandar ini mudah dilipat, mudah dibawa, baldu tebal dan lembut. Boleh tahan berat sehingga 100 kilogram.

No comments:

Post a Comment