Friday 27 October 2023

SYARAT DIIKTIRAF SEBAGAI SEBUAH NEGARA

 
Dalam perkataan Inggeris terdapat tiga istilah merujuk kepada “negara” iaitu “country”, “nation” dan “state”. Dalam undang-undang antarabangsa, istilah “state” sentiasa dipakai. State yang dimaksudkan sentiasa merujuk kepada “sovereign state” (negara berdaulat).
 
Sesebuah entiti dianggap sebagai negara berdaulat dalam undang-undang antarabangsa perlu memenuhi empat kriteria, iaitu mempunyai wilayah, penduduk, kerajaan dan diiktiraf oleh negara berdaulat yang sedia ada.
 
Kriteria ini ditetapkan menerusi Montevideo Convention on the Rights and Duties of States pada tahun 1933.
 
Negara paling kecil di dunia, Vatican City hanya sebesar 0.44 kilometer persegi yang bersamaan dengan keluasan dua kali ganda tempat letak kereta KLCC. Biarpun kecil ia dianggap sebuah negara kerana ada wilayah, penduduk, kerajaan dan diiktiraf oleh negara berdaulat yang sedia ada.
 
Berdasarkan kriteria-kriteria ini, di dunia ini ada 205 negara. Sebanyak 193 daripadanya adalah ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
 
Ada entiti seperti Somaliland (sebahagian daripada Somalia) dan Catalonia (sebahagian daripada Sepanyol) isytihar diri sebagai negara berdaulat yang merdeka daripada Somalia dan Sepanyol, tapi tidak diiktiraf sebagai sebuah negara disebabkan tidak diiktiraf kedaulatannya oleh mana-mana negara berdaulat yang sedia ada.
 
Daripada 205 negara, 15 negara tidak diiktiraf oleh sekurang-kurangnya satu negara. Negara berkenaan ialah Korea Selatan, Korea Utara, China, Taiwan, Armenia, Cyprus, Cyprus Utara, Israel, Palestin, Kosovo, Republik Demokratik Arab Sahrawi, South Ossetia, Abkhazia, Artsakh dan Transnistria.
 
Korea Selatan tidak diiktiraf oleh Korea Utara, Korea Utara tidak diktiraf oleh Korea Selatan, Perancis, Jepun dan Taiwan. Taiwan hanya diiktiraf oleh 15 negara. China tak diiktiraf oleh negara yang iktiraf Taiwan.
 
Tidak diiktiraf oleh semua negara berdaulat sedia ada bukan menyebabkan sesebuah entiti itu halang kelayakan sebagai sebuah negara. Sudah cukup sekadar diiktiraf oleh mana-mana satu negara berdaulat lain. Contoh macam Cyprus Utara, hanya Turki saja yang iktiraf sebab ia diwujudkan oleh Turki selepas pencerobohan ke atas Cyprus pada tahun 1974.
 
Dalam soal Israel dan Pelestin, kedua-duanya mendapat status sebagai sebuah negara. Cuma ada negara yang iktiraf Israel saja, ada yang iktiraf Palestin saja, dan ada yang iktiraf kedua-duanya.
 
Majoriti negara di dunia mengiktiraf kedua-duanya, Palestin dan Israel. Negara yang mengiktiraf kedua-duanya dengan harapan masalah antara Israel dan Palestin boleh diselesaikan menerusi “penyelesaian dua negara”, iaitu kedua-dua entiti itu ada hak untuk mendirikan negara.
 
Sebanyak 35 negara yang tidak iktiraf Israel tapi iktiraf Palestin sahaja. Kebanyakan adalah negara Pertubuhan-Pertubuhan Negara Islam (OIC). Cuba dan Korea Utara.
 
Mudah kata, negara yang tidak mengiktiraf Israel akan menganggap Israel sebagai negara haram atau tidak layak dipanggal sebagai sebuah negara.

No comments:

Post a Comment